MENTALITI RAKYAT MALAYSIA KINI, HANYA KERANA MINYAK NAIK 0.7 SEN LUPA KEBAIKAN YANG KERAJAAN TELAH BERI



Walaupun minyak di stesen minyak naik berturut-turut, kerajaan masih bagi subsidi gas memasak untuk kita memasak kita maki Kerajaan.

Kerajaan masih bagi kita subsidi beras yang kita makan tapi kita masih maki hamun Kerajaan.

Kerajaan bagi subsidi minyak masak untuk kita memasak tapi kita terus maki hamun Kerajaan.
Kerajaan masih bagi subsidi elektrik tapi kita tetap maki hamun Kerajaan.

Kerajaan bagi kita subsidi tol kita kutuk kita maki hamun Kerajaan.

Anak-anak kita pergi menimba ilmu di IPT sekarang ini pun Kerajaan beri subsidi 95% yuran pendidikan anak-anak kita. Namun atas sikap tidak sabar dan tidak mahu bersyukur dengan nikmat Allah kita kutuk kita maki Kerajaan.

Khidmat perubatan pesakit luar di Klinik dan Hospital kerajaan untuk rakyat di subsidi dengan perlu membayar sebanyak RM1. Kemudian boleh dapat ubat sebeban, jalani ujian x ray, MRI, ujian darah, ujian air kencing dan sebagainya semua free.

Tapi bila rawatan yang dilakukan di di hospital swasta makan semua perkhidmatan tersebut mencecah perbelanjaan ratusan malah beribu ringgit mengikut tahap penyakit.

Semua sebab minyak naik 7 sen rakyat Malaysia lupa kebaikan yang lain? Adakah kita kufur nikmat dengan segala kemudahan dan subsidi yang masih ada di dalam negara kita ini.

Adakah kita ini manusia atau binatang? Atau kita lebih rendah martabat dari binatang yang tak berakal.

Terbaru dan terkini, TPM akan membawa isu subsidi minyak ke Kabinet untuk dibincangkan bagi menyelesaikan masalah dan beban yang ditanggung rakyat. Kita patut bersyukur kerana kerajaan Barisan Nasional masih lagi mendahulukan rakyat.

Comments