MENGEMPARKAN! RM 4 JUTA DALAM RUMAH ANAK SAUDARA MB SELANGOR!


Sudah tentu ramai yang rasa terkejut dengan berita penemuan RM 4 juta di rumah anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Mohd Nuzul Fadli oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mungkin ada yang berasa marah dan tidak gembira dengan khabar berita ini kerana ternyata penemuan ini menandakan sesuatu yang tidak baik kepada negeri Selangor. Penemuan ini juga menandakan tahap penyalahgunaan kuasa dan rasuah di Selangor telah mencapai tahap yang sangat membimbangkan.

Bagaimana seorang yang tidak mempunyai pekerjaan boleh memiliki RM 4 juta di rumah dan hidup mewah. Sudah pasti hubungan Mohd Nuzul Fadli dengan Menteri Besar Selangor yang ternyata unik dan rapat sehingga membenarkan anak saudaranya itu menghadiri mesyuarat-mesyuarat bersama Menteri Besar menjadi salah satu faktor kepada gaya hidupnya itu. Tapi seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Bapa saudara dengan anak saudaranya ini. Adakah dia menjadi kaya raya dan gaya hidup mewahnya mempunyai kaitan rapat dengan hubungannya dengan bapa saudaranya itu.

Yang pasti anak saudaranya bukanlah penasihat politik atau PA kepada Menteri Besar Selangor. Anak saudaranya juga tidak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri malah tidak punya pekerjaan. Projek dia dapat kerana hubungannya dengan Menteri Besar Selangor. Oleh itu tidak memeranjatkan bila anak saudara, Azmin Ali dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya SPRM kerana kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor. Lambat laun, misteri RM 4 Juta dan kemewahan luar biasa anak saudara Azmin Ali pasti akan terungkai. Azmin Ali kini tidak dapat tidur lena!

Comments