MASALAH DAP & PPBM PUNCA PAKATAN HARAPAN LEWAT DILULUSKAN PENDAFTARANNYA



Kementerian Dalam Negeri mendakwa masalah yang dihadapi oleh PPBM dan DAP sebagai punca kelewatan mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan.

Ini bermakna ianya bukan berpunca dari permasalah ROS yang kononnya dituduh lewat untuk memaklumkan kepada pihak PH mengenai permasalahan yang timbul dalam proses pendaftaran gabungan tersebut.

Pengerusi gabungan itu Tun M dikatakan tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh kepadanya berikutan pertemuannya dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim tempoh hari di Putrajaya.

Tun M atau sesiapa sahaja di dalam Pakatan Harapan tidak perlu menuding jari terhadap ROS atau KDN. Mereka boleh menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam parti mereka dengan melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh ROS.

DAP walaupun sudah menjalankan pemilihan CEC mereka, tetapi masih ada rungutan dan aduan dari akar umbi parti yang mendakwa pemilihan CEC itu dijalankan secara tidak adil dan tidak telus.

PPBM juga banyak perkara besar yang masih belum mereka laksanakan. Mesyuarat Agung Tahunan mereka pun belum dilaksanakan dan ROS tidak mengiktiraf AGM atau EGM mereka dilakukan dengan hanya diwakili oleh 12 orang perwakilan sahaja.

Nampak gaya kedudukan DAP dan PPBM dalam bahaya dan mempunyai risiko untuk dibubarkan terutamanya parti ciptaan Tun M yang umurnya baru mencecah setahun jagung.

ADA JUGA BUNGA RAYA AKAN LAYU SEBELUM PILIHANRAYA NANTI...

Kita nantikan sahaja episod politik pembangkang Malaysia yang carca marba yang membuatkan rakyat bosan dan keliru dengan agenda mereka.

Comments