MASA 22 TAHUN ADA KUASA TUN M TIDAK PERNAH MEMBINCANGKAN ISU MA63 UNTUK RAKYAT SABAH DAN SARAWAK



Tan Sri Joseph Pairin Kitingan melabelkan Tun M sebagai tidak jujur apabila hanya mengeluarkan kenyataan akan mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila berada di barisan pembangkang.

Beliau terkejut kerana semasa Tun M berceramah di hadapan 2000 orang penyokong Pakatan Harapan di Sarawak, Tun M ada mengutarakan hasratnya dan hasrat Pakatan Harapan untuk menyemak semula Perjanjian Malaysia jika menang PRU-14.

Pengumum itu sesuatu yang mengejutkan kerana Dr Mahathir tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Presiden PBS itu mengimbas kembali pemerintahan kuku besi pada zaman Tun M dimana rakyat Sabah dan Sarawak tidak dibenarkan untuk membincangkan isu isu berkaitan MA63 secara terbuka kerana mereka boleh diambil tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bagi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika era Dr Mahathir, Perjanjian Malaysia adalah sesuatu yang dianggap ‘anti-Persekutuan’. Ramai rakyat ketika itu dalam ketakutan untuk membincangkan perkara dan hak-hak yang perlu mereka tuntut kerana khuatir mereka akan menjadi mangsa ISA.

Menurutnya, Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili antara yang turut menjadi mangsa ISA.

Kenapa tidak mengambil tindakan ketika berkuasa?

Kenapa sekarang?

Kenapa bila sudah bersama Pakatan Harapan baru mahu mengkaji perjanjian tersebut?

Tun M sememangnya pemimpin yang hanya pandai buat U-turn, hipokrit dan mudah lupa. Segala perkara yang dicadangkannya itu sebenarnya adalah sebagai bukti beliau mahu membantu pucuk pimpinan Pakatan Harapan terutamanya DAP untuk menang pilihanraya sahaja.

Comments