MAHATHIR SEORANG YANG TAMAK DAN INGIN MENELAN SELURUH MALAYSIA




Umum mengetahui bahawa Mahathir telah meninggalkan legasi kronisme dan pemborosan semasa beliau mentadbir Malaysia sebagai Perdana Menteri. Projek-projek yang kurang berjaya seperti PROTON dan Litar Sepang serta skandal-skandal seperti FOREX dan PERWAJA telah menyebabkan negara kehilangan banyak wang. 

Kelesuan legasi Mahathir sepatutnya ditamatkan begitu sahaja namun Mahathir adalah seorang yang tidak sedar posisi beliau sendiri. Walaupun telah bersara pada 31 Oktober 2003, Mahathir masih lagi menyibuk di dalam arena politik negara dan cuba menguasai pengganti beliau iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. 

Di dalam keadaan Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah ditekan sehingga meletakkan jawatan. Bagi Najib, Mahathir telah menggunakan isu 1MDB walaupun terbukti tiada berlaku kes penyelewengan melibatkan 1MDB. 

Bagi apakah Mahathir melakukan ini semua? Tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan bahawa pentadbiran Malaysia mengikut apa yang beliau inginkan, iaitu menyerahkan segalanya kepada beliau dan keluarga beliau. Sebab itulah Mahathir telah mengarahkan Mukhriz untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda pada 2008 dan Naib Presiden pada 2013. Malang bagi beliau, walaupun menggunakan pengaruh Mahathir, Mukhriz gagal merebut kedua-dua jawatan tersebut. 

Sudah tentu ada yang mengatakan bahawa itu bukanlah sesuatu yang kukuh. Tetapi Mahathir sendiri telah mengaku bahawa seseorang Perdana Menteri hendaklah mengikut nasihat yang diberikan oleh satu ‘Council of Elders’ yang sudah tentunya akan diketuai oleh Mahathir sendiri. Walaupun setelah menyertai gerombolan Pakatan Harapan, beliau masih lagi menawarkan diri beliau sebagai Perdana Menteri jika kumpulan tersebut memenangi PRU Ke-14.

Walaupun Mahathir bersara dalam keadaan yang kurang baik dan legasinya berakhir dengan imej sebagai penjahat, sehingga ke hari ini dia masih lagi tidak berganjak dan dengan angkuhnya suka mencampuri urusan pentadbiran negara dan mahu melaksanakan kehendaknya ke atas rakyat. 

Apa yang sedihnya adalah Mahathir benar-benar percaya bahawa rakyat Malaysia terhutang budi padanya dan kerana itulah dia percaya sebahagian besar kekayaan di sini adalah hak miliknya, kroni-kroni dan juga para pemujanya. Rakyat Malaysia yang lain adalah ‘pemalas’ dan ‘pemakan dedak’ di mata beliau. 

Satu-satunya cara untuk memastikan Mahathir meninggalkan Malaysia dengan cepat dan segera adalah memastikan Pakatan Harapan kalah dengan seteruk-teruknya.. Ini akan menjadi cara yang paling efektif untuk menutup mulut Mahathir dan membuangnya ke dalam tong sampah sejarah dimana dia sepatutnya berada.

Comments