MAHATHIR PERBODOHKAN ORANG MUDA SEHINGGA TIADA PELUANG DALAM PPBM KERANA JADI PEMIMPIN PADA USIA MUDA PUN TAK GUNA….



Mahathir berterusan menggunakan nama ARMADA untuk menggambarkan sayap pemuda BERSATU bila nama itu tidak diluluskan lagi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebab tidak wujud pun dalam perlembagaan parti tersebut!. Mahathir cuba menipu dan memperbodohkan rakyat dengan menggunakan nama yang tidak wujud pun pada asalnya. 

Nampak gayanya peluang politik untuk orang muda dalam Parti PPBM sememangnya terhad dan sangat terbatas. Manakan tidak, orang muda tidak mempunyai sebarang masa depan dalam parti ini malah penglibatan mereka juga disekat dalam parti itu kerana bagi Presidennya permulaan masa muda tidak menjamin pemimpin yang hebat. 

Kalau betul perkara ini., macam mana belum lagi jadi Perdana Menteri sudah pandai menipu dan memperdayakan orang muda. Tak pasal-pasal anak-anak muda ini menyokong parti Mahathir yang kononnya bergerak atas platform Armada kerana percaya ia sah, bodohnya namanya itu. 

Realitinya generasi muda PPBM perlu menerima hakikat bahawa mereka sama sekali tidak akan diberikan sebarang peluang untuk bertanding dalam PRU ke-14 akan datang kerana Armada tidak diluluskan oleh RoS.

Mungkin hanya Mahathir sahaja yang boleh bertanding dalam usia yang muda tetapi bagi generasi selepasnya orang-orang muda tidak diberikan peluang. Berdasarkan rekod Mahathir sudah terlibat dalam politik dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tetapi kali ini bila Mahathir pimpin parti PPBM dia tidak mahu generasi muda jadi calon PRU ke 14. 

Hakikatnya Mahathir hanya menipu dan memperdayakan anak muda dengan menggunakan nama Armada dan dalam masa yang sama Mahathir sendiri telah membataskan penglibatan orang muda dalam politik PPBM. Sedarlah generasi muda jangan terus tertipu dan terpedaya dengan segala tipu daya dan helah Mahathir.

Comments