MAHATHIR DULU HARIMAU MALAYSIA, KINI MAHATHIR HARIMAU HILANG TARING SEHINGGAKAN TERDESAK MENGALIHKAN ISU



Matlamat penubuhan Parti Bunga kononnya untuk menggantikan UMNO, nama parti pun hampir sama dengan UMNO. Dan atas sebab itulah ada perkataan BERSATU, malahan warna parti pun merah, dan struktur parti juga sama, bahagian pun ada cadangan. Kalau sebelum ini Mahathir mengakui Parti Bunga gagal mengadakan mesyuarat agung parti pada saat UMNO mengadakan Perhimpunan Agung pada minggu hadapan, Mahathir mengalihkan isu dan perhatian semua pihak kononnya dia mendakwa berjumpa dengan ROS dan mempersoalkan kenapa pendaftaran Pakatan Harapan masih belum lulus? Mahu lulus apa, sedangkan komponennya masih lagi dibelenggu masalah, termasuklah PPBM yang gagal mengadakan AGM. 

Sekarang ini apabila disemak keahlian Parti Bunga ramai yang terkejut kerana mereka masih dan tetap lagi ahli UMNO, kalau sudah di bahagian pun kelam kabut apatah lagi di cawangan. Hakikat sebenarnya cawangan pun tidak wujud di kebanyakan Bahagian Bahagian PPBM. Adalah lebih baik Mahathir bersara sepenuhnya kerana ahli-ahli dalam kalangan PPBM sudah tidak mahu lagi mempercayai kata-kata Mahathir. Mahathir kini diibaratkan sebagai seekor harimau yang tidak bertaring yang dulunya cukup digeruni selama 22 tahun sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri dan sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang ini sering kali mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik dan agenda peribadi atau nyanyuk.

Harimau Mahathir sudah tua dan hilang taring sehinggakan beliau kini berpihak dan menyebelahi pemimpin supremo DAP itu, Lim Kit Siang dan sanggup menerima Lim Kit Siang sebagai pemimpin pembangkang andai sudah jodoh dan ketentuan Allah telah ditetapkan sedemikian rupa. Bagi Mahathir tindakan dia kembali berpolitik dan menubuhkan Parti Bunga adalah semata-mata demi agenda anaknya Mukhriz boleh menjadi perdana menteri, selain sanggup bersengkongkol dengan Anwar Ibrahim dan kembali berhubungan karib dan akrab sehinggakan menimbulkan tanda tanya dan persoalan sanggupkah Mahathir menerima Anwar seorang pelaku homoseksual sebagai pemimpin Malaysia.

Perubahan sikap Mahathir ini menceritakan segala-galanya. Dari seorang pemimpin negara yang disegani dan dihormati tetapi kini Harimau Mahathir yang bertaring berubah sekelip mata menjadi pemimpin yang dicaci dan dicemuh rakyat Malaysia dek kerana tindakan dan sikap tamak halobanya sendiri. 

Kesimpulannya Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda peribadi dan kepentingan politik beliau sendiri termasuklah cubaan dan usaha menjatuhkan imej dan reputasi negara dengan pelbagai dakwaan tidak berasas dan tidak masuk akal. Realitinya, rakyat Malaysia tidak lagi boleh mempercayai apa-apa sahaja kata-kata Mahathir.

Comments