MAHATHIR DAN PEMIMPIN PARTI BERSATU KAYA RAYA SEDANGKAN ORANG BAWAHAN MENGEMIS




Mahathir berdiam diri setiap kali menerima desakan pelbagai pihak supaya mengisytiharkan kekayaan dimiliki beliau dan anak-anaknya. Mahathir dilihat gagal dan cuba lari daripada menjawab desakan itu walaupun datangnya daripada sayap pemuda parti sendiri, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Bukan setakat Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sahaja yang mendesak Mahathir malahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah lama mendesak beliau mendedahkan kekayaan dimiliki termasuklah anak-anaknya sejak meninggalkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tetapi sehingga kini Mahathir tetap senyap dan berdiam diri. 

Selain Mahathir, Muhyiddin juga kaya raya, di mana timbul isu Muhyiddin sibuk bercuti RM 2 juta di luar negara, anak-anak cucu Mahathir dengan bangganya menayang dan menunjuk-nunjuk jenama beg mahal di Instagram mereka. Ahli bawahan sepatutnya bertanya kepada Muhyiddin yang kaya raya sekaligus boleh menghabiskan wang ringgit RM 2 juta bercuti ke luar negara dan dalam masa yang sama mampu membiayai kekasih gelap sebanyak RM 20,000 tetapi tidak bersungguh-sungguh membiayai partinya sendiri.

Sedangkan ahli-ahli bawahan PPBM mengemis sesama ahli,m merayu sumbangan ikhlas dalam Whatsapp, inilah perkara yang amat menyedihkan. Mereka tidak mengenali dengan kekayaan luar biasa pemimpin mereka, Mahathir dengan wang ringgit berpuluh-puluh bilion. Muhyiddin yang baru mula kaya raya diikat dan diperli oleh Mahathir dengan melabel Muhyiddin sebagai MB paling kaya manakala Mukhriz dengan mencipta banyak syarikat yang sudah pasti menghasilkan keuntungan berlipat ganda.

Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kaya raya, kenapa tidak gunakan duit berbilion-bilion ringgit yang mereka ada untuk caj-caj yang diperlukan oleh ahli-ahli dan parti itu? Kita seharusnya bertanya kenapa orang seperti Mahathir hanya dengan satu panggilan caj telefon sahaja ratusan juta boleh datang tetapi masih lagi enggan ''all out'' untuk membantu caj-caj bawahan PPBM.

Apa yang dapat disimpulkan di sini, Mahathir tahu mencari kesilapan orang lain sedangkan salah sendiri tidak nampak. Inilah namanya manusia yang bernama Mahathir. Janganlah kita sekali-kali percaya dengan orang yang bernama Mahathir, dirinya sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingan peribadi dan agenda politiknya sendiri.

Comments