Tindakan Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kerajaan Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir, termasuk bantuan kepada mangsa bencana ternyata adalah tindakan seperti perumpamaan melayu 'Habis madu, sepah dibuang.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng ternyata adalah seorang pemimpin yang pandai berlakon dan penuh sifat kepuraan dengan menafikan bantuan yang diterima oleh Kerajaan Negerinya di mana beliau menyalahkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak kerana tidak memberi sebarang bantuan kepada Pulau Pinang. Walhal, Kerajaan Pusat telah memberi banyak bantuan dari segi bantuan kemanusiaan dan ketenteraaan serta peruntukan projek banjir di negeri itu.
Antaranya kemudahan bantuan ketenteraan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu mangsa banjir, peruntukan berjumlah RM150 juta bagi menjalankan projek tebatan banjir di Pulau Pinang dan Kerajaan pusat juga bersetuju untuk menambah peruntukan bagi 13 projek bernilai RM1 bilion yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri itu.
Selain itu, kenyataan Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih itu seolah-olah menafikan bantuan yang dihulurkan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) kepada mangsa bencana sepanjang bencana banjir di Pulau Pinang. KP1M telah mengagihkan 60 buah kontena bantuan kepada mangsa banjir Pulau Pinang, seperti yang diarahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, yang juga Penaung kelab berkenaan. Antara sumbangan yang diserahkan ialah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat-peringkat.
Secara kesimpulannya Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih. Pemimpin seperti ini hanya tahu menyalahkan orang lain demi untuk mendapatkan publisiti politik dan tidak mahu mengakui kelemahannya. Ternyata pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang merbahaya kerana mereka ini amat berpotensi untuk melakukan tindakan berpaling tadah dan menikam seseorang dari belakang. Waspada pemimpin berlidah cabang!
Comments
Post a Comment