LAWATAN PRESIDEN INDONESIA KE SARAWAK SATU PENGHORMATAN BUAT NEGERI SARAWAK DAN BUKTI HUBUNGAN KUKUH INDONESIA-MALAYSIA


Saban hari, ramai pemimpin-pemimpin terulung telah datang melawat ke Malaysia antara seperti Presiden Amerika Syarikat Obama, Raja Arab Saudi Raja Salman dan ramai lagi. Ini menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan dunia luar. 

Baru baru ini Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak. Beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seterusnya menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Malaysia - Indonesia. Sebelum ini, Putera Charles dan Camilla juga telah berkunjung ke Sarawak.

Adalah menjadi satu penghormatan yang amat bermakna buat negeri Sarawak, kerana ini kali pertama Presiden Joko Widodo melawat Bumi Kenyalang selepas menyandang jawatan Presiden Republik Indonesia pada tahun 2014. Semestinya Jokowi terpesona dan telah menikmati keunikan dan hospitaliti Sarawak.

Perjumpaan tahunan antara dua jiran serumpun ini adalah penting bagi mengekalkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia. Lebih istimewa lagi, majlis perundingan tahun ini turut menyambut ulangtahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia ke-60. Hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia akan terus kekal kukuh dan terus berkembang menerusi kerjasama dan persefahaman erat antara dua negara serumpun yang bukan sahaja rapat dari aspek geografi tetapi juga sejarah dan budaya.



Comments