LANJUT TEMPOH BAYARAN KONSESI 30 TAHUN PERJANJIAN ERL ADALAH UNTUK MEMASTIKAN RAKYAT NIKMATI TAMBANG MURAH


Cadangan Tony Pua untuk kerajaan menaikkan sahaja tambang ERL dari melanjutkan tempoh konsesi adalah mengarut dan tidak boleh diterima.

ERL yang dibina sepenuhnya pada zaman pemerintahan Mahathir dengan menggunakan konsesi yang dilantik dari kroninya sebenarnya memang sudah membebankan rakyat.

Perjanjian dengan pihak konsesi yang berat sebelah

Walau bagaimanapun, kerajaan kini di bawah pemerintahan Dato Seri Najib terpaksa menanggung beban tersebut dengan melaksanakan beberapa penstrukturan semula pengangkutan awam tersebut.

Menurut Pua, perkhidmatan tambang ERL Express kini adalah pada kadar RM55 tetapi akan dinaikkan kepada RM74 mengikut perjanjian konsesi awal.

Ia bermaksud akan naik lagi pada tahun 2019 kepada RM97 dan kenaikan lagi akan berlaku pada 2024, menyebabkan tambang mencecah sehingga RM126.

Sebenarnya Tony Pua tahu jika kerajaan tidak mengambil langkah untuk melanjutkan bayaran konsesi maka dengan kenaikan tambang yang tinggi itu akan menyebabkan rakyat dan pengguna malah pelancong akan marah kepada kerajaan.

Namun atas anisiatif kerajaan Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat, maka tambang tidak perlu dinaikkan dengan hanya melanjutkan tempoh bayaran kepada pihak konsesi sahaja. Tambahan pula pihak pengurusan ERL juga menawarkan beberapa pakej diskaun dan tambang murah kepada mereka yang layak.

TONY PUA dari dulu terkenal dengan kaki hasut.

Comments