KHALID IBRAHIM PUN TAK SUKA AZMIN, AKAN SERTAI BEKAS 3 MB SELANGOR UNTUK SERANG AZMIN



Tan Sri Khalid Ibrahim yang disingkir PKR secara zalim menerusi ‘Langkah Kajang’ pada 2014 memaklumkan akan menyertai Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Abu Hassan Omar untuk menyerang kerajaan Azmin Ali.

Melihat situasi ini, gabungan bekas MB yang dulunya 3 orang sudah bertambah menjadi 4 orang dan mereka semuanya mempunyai pengaruh dan pengikutnya sendiri. Namun Khalid Ibrahim mempunyai kelebihan kerana beliau mempunyai sokongan dari peringkat akar umbi samada dari parti PKR dan juga PAS.

Prestasi pentadbiran Khalid Ibrahim juga amat baik kerana segala perancangan dan skim bantuan rakyat yang dirancang pada era pemerintahannya terus relevan pada masa ini. Namun pentadbiran beliau diganggu gugat oleh Anwar Ibrahim dan juga disekat oleh idea Rafizi Ramli dalam Langkah Kajang yang kononnya boleh membawa Pakatan Rakyat pada masa itu ke Putrajaya.

Sebelum ini Khalid yang juga Ahli Parlimen (Bebas) Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur enggan mengesah atau menafikan beliau akan menyertai siri misi BN yang diterajui UMNO tersebut.

Namun kebelakangan ini beliau kerap dilihat bersama pemimpin UMNO termasuk bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah Kabinet ketika pelancaran Exco Negaraku 2017 di Dataran Merdeka kelmarin.

Diharap usaha untuk membongkar kepincangan pentadbiran kerajaan Selangor dan barisan Exco Azmin Ali ini berjaya disamping jentera cyber dan jentera parti yang turun padang memberi penerangan kepada rakyat Selangor agar kembali memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk mentadbir kerajaan Selangor.

Comments