KETUA PEMUDA PH, NIK NAZMI MENCARUT LAGI! BENARKAH RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA IKAT PERUT ATAU NIK NAZMI YANG IKAT PERUT SENDIRI? SEDARLAH SIKIT BAHAWA KADAR OBESITI DI MALAYSIA ADALAH YANG TERTINGGI DI ASIA


Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya berkata, kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendapati bahawa 15 peratus rakyat terpaksa mengurangkan pengambilan makanan sekali sehari bagi menampung hidup.

Hasil kaji selidik dikeluarkan oleh Merdeka Centre yang mendapati rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi semasa membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan walhal Nik Nazmi tidak sedar bahawa tahap obesiti di Malaysia adalah yang tertinggi di rantau Asia. 

Menurut Nik Nazmi ketika Najib terus bercakap mengenai ekonomi berpendapatan tinggi lebih kurang dua tahun saja lagi, rakyat masih lagi terpaksa mengikat perut! Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia juga memberi pelbagai alasan tidak munasabah sehingga menyalahkan perdana menteri.

Seperti biasa, Nik Nazmi cuba mengelirukan rakyat dengan putar belitnya dengan menyalahkan Najib atas kelemahan seperti faktor tekanan kos hidup, GST, harga minyak dan sebagainya yang sememangnya tidak masuk akal langsung!

Mungkin Nik Nazmi hanya melihat perkara pada satu perspektif saja tanpa berfikir di luar kotak. Jesteru, Nik Nazmi lebih banyak mencarut daripada memberi kenyataan yang membina. Benarkah rakyat Malaysia kini terpaksa mengikat perut?

Hakikatnya hasil kajian menunjukkan Rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup mereka kepada rutin pemakanan yang lebih sihat berikutan statistik menunjukkan rakyat negara ini antara yang paling ramai menghidapi masalah obesiti di rantau Asia. Ini secara tidak langsung menunjukkan kemakmuran negara ini. 

Malaysia dikenali ramai sebagai syurga makanan baik makanan tradisional sehinggalah makanan antarabangsa, tidak menghairankan Malaysia mengungguli carta obesiti di rantau Asia ini.

Carta tersebut dibuat mengikut laporan “Tackling Obesity in Asean” yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit di negara Asean yang lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Vietnam. Laporan tersebut mencatatkan kadar obesiti di Malaysia telah meningkat sebanyak 13.3 peratus bagi tahun 2017 manakala kadar mereka yang berlebihan berat badan adalah 38.5 peratus.

Buat Nik Nazmi yang beranggapan bahawa rakyat Malaysia sedang ikat perut kerana tekanan ekonomi hanyalah imaginasi Nik Nazmi dan Pakatan Harapan saja. Selagi boleh menyesatkan dan menyalahkan kerajaan selagi itu mereka memutar belitkan fakta sebenar!

Comments