KERAJAAN DAP PULAU PINANG BERAT SEBELAH! LIM GUAN ENG BULI ADUN-ADUN YANG CENDERUNG UNTUK MENENTANGNYA


Kerajaan DAP di bawah pentadbiran Lim Guan Eng telah membuli anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang cenderung untuk menentang pentadbirannya. Terbaru arahan Kerajaan Negeri yang semestinya datang dari ketua menterinya iaitu Lim Guan Eng telah melarang ADUN PKR, Cheah Kah Peng untuk menguruskan pendaftaran mangsa banjir.

Namun itu, PKR Pulau Pinang menyatakan sokongan terhadap ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng, yang dilarang menguruskan pendaftaran mangsa banjir oleh kerajaan negeri. Tindakan ini ternyata tidak hormat pada hak demokratik rakyat Kebun Bunga yang mengundi Cheah dalam pilihan raya umum lepas.

Sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat daripada penduduk Kebun Bunga, Cheah tidak sepatutnya dilarang daripada menjalankan tanggungjawabnya. Cheah dilarang menguruskan bantuan RM700 melalui surat bertarikh 20 November lalu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan tiada alasan diberikan.

Mungkin salah satu sebab DAP tidak memberi ruang kepada Cheah dalam hal ini kerana Cheah dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas berkecuali dalam pengundian usul UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan pada 2015.

Lim Guan Eng mendakwa mereka cuba mensabotaj kerajaan Pulau Pinang. Cheah juga dipecat daripada jawatan pengarah Penang Hill Corporation. Tindakan berat sebelah dan berbaur sabotaj ini juga melibatkan, ADUN Permatang PASIR Salleh Man daripada PAS juga tidak dibenarkan menguruskan pemohon bantuan mangsa banjir.

Ternyata tindakan ini tidak betul dan penyerahan pengurusan bantuan banjir di Kebun Bunga kepada ADUN DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey adalah langkah meminggirkan PKR dalam kerajaan negeri. Masalah demi masalah kini melanda Pulau Pinang, Ketua Menterinya pula menyimpan dendam terhadap ADUN yang menentangnya dan kini mereka dibulinya! Jelas sekali, hal ini menampakkan keburukan imej Pakatan Harapan yang sebenarnya tidak sepakat, kesepakatan PH hanya indah khabar dari rupa!

Comments