KAUM MELAYU, INDIA, BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK TIADA TEMPAT DALAM DAP


Sejarah penyertaan orang Melayu atau orang India ataupun Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam DAP sebenarnya penuh ranjau berduri. Kalau boleh dikaji senarai kepemimpinan Pusat parti itu, orang Melayu dan orang India lah yang membentuk hampir 67 peratus rakyat tetapi dalam parti DAP wakil kaum ini hanyalah 2 atau 3 orang wakil sahaja. Bumiputera Sabah dan Sarawak pula langsung tiada wakilnya yang jelas mempamerkan senario politik berat sebelah dalam DAP.

Meskipun dikatakan DAP Melayu sudah bertapak bagi suatu tempoh yang agak lama sejak 1969 di mana dalam catatan sejarah, Melayu DAP pernah memenangi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri, namun kedudukan Melayu dalam parti pimpinan Lim Kit Siang itu penuh dilema dan tidak terarah. Selepas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat keputusan keluar dari parti itu, hampir tidak ada pemimpin Melayu dari DAP yang cukup dikenali.

Yang kini menyerlah dalam pandangan rakyat terutama orang Melayu adalah DAP sebagai parti anak-beranak sendirian berhad walaupun mereka berkokok dan menjerit kononnya keahlian mereka adalah berbilang kaum. Pada masa sama, dua perkataan iaitu kronisme dan nepotisme jugalah yang menjadi modal besar DAP selain dianuti sama sekutu parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana si ayah menjadi ketua umum PKR, si ibu menjadi presiden dan si anak pula naib presiden.

Secara realiti, DAP sebagai parti politik tidak pernah berubah sejak lebih lima dekad lalu. Sejak pembentukan rasminya pada 1966, DAP ialah Kit Siang dan Kit Siang ialah DAP. DAP ialah parti Satu-Orang, yang disokong oleh Dinasti Lim. Struktur kepemimpinan DAP tidak pernah melalui perubahan sebenar sejak kewujudannya pada 1966. Supremo parti itu masih Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Diuar-uarkan DAP parti berbilang kaum, tetapi nampaknya orang Melayu dan Bumiputera di dalamnya tidak ada arah. Kaum India juga menerima nasib yang sama. Parti DAP parti yang tidak memperjuangkan hak berbilang kaum!

Comments