JIKA PPBM TERBUBAR SECARA AUTOMATIKNYA, AGAK-AGAK MAHATHIR AKAN PILIH PARTI MANA UNTUK TERUS BERKUASA?


Pada waktu ini kecoh dengar desas desus bahawa PPBM akan dibubarkan secara automatik sekiranya ROS tidak dapat menerima alasan ataupun PPBM telah melanggar syarat serta perlembagaan yang telah ditetapkan oleh partinya sendiri.

Dalam situasi yang lain pula jika calon PPBM tidak boleh bertanding untuk menggunakan logo mereka sendiri dalam PRU nanti, apakah parti pilihan yang bakal mereka tumpang di dalam PH untuk menggunakan logo mereka semasa proses pembuangan undi berlangsung?

Jika masalah ini timbul, nampaknya kepimpinan PPBM mesti pening kepala untuk memikirkannya.
Jika PPBM mahu mempergunakan parti berasaskan Melayu dalam pilihanraya akan datang, mereka terpaksa menggunakan logo PAN dan PKR bagi memperdayakan undi Melayu.

Tapi bila mengenangkan hubungan yang terjalin dengan DAP, Mahathir sudah tentu mempunyai strategi yang lebih baik untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihanraya akan datang.

Dengan berbekalkan pengaruh undi Cina dan lambang roket yang mahu naik ke bulan itu, DAP dilihat adalah parti yang sesuai untuk digunakan PPBM untuk meminjam logo berserta pakej pengudinya sekali.

Pengundi Cina dan beberapa kawasan Melayu yang taksub dengan DAP, mereka sudah tidak menghiraukan siapa yang bakal menjadi calon mereka. Apa yang penting DAP adalah piliahan utama mereka.

Jika situasi ini berlaku, PPBM akan dapat banyak manfaat jika mengemis pada DAP. Jika mengemis pada parti Melayu seperti PAN dan PKR mereka akan dianggap lemah dan tidak berpengaruh.

Comments