ISU TUDUNG KINI HANGAT! APA SALAH TUDUNG..


Isu tudung hangat diperkatakan di negara ini bila larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan sesetengah hotel di negara ini menjadi satu isu yang telah mendapat perhatian netizen-netizen di alam maya.

Terkini, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan beliau tidak bertudung kerana dilarang suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad. Siti Hasmah sudah tidak bertudung daripada mula sampai sekarang ini. Beliau mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

Antara kenyataannya yang dikeluarkan beliau adalah seperti berikut;

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami. Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya!"

Ternyata luahan kata-kata Siti Hasmah berhubung pemakaian tudung telah mencerminkan sifat sebenar suaminya Mahathir. Takkan si isteri mahu berbohong dengan memberi kenyataan sedemikian rupa. Bertabah lah Siti Hasmah kerana anda punya suami sedemikian!

Comments