Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran dan pemerintahan Lim Guan Eng sebenarnya telah memungkiri janjinya kepada rakyat Pulau Pinang kerana sehingga ke hari ini DAP gagal menyelesaikan masalah banjir kilat di negeri itu setelah memerintah Pulau Pinang selama 2 penggal. Hanya kerana DAP mahu menang, DAP sanggup memberikan janji-janji manis dan pasu yang tidak boleh ditepati kepada rakyat Pulau Pinang.
Isu banjir kilat bahagian pulau semakin hari semakin teruk sehinggakan menyebabkan 131 kejadian cerun runtuh yang berlaku di Pulau Pinang dalam jangka waktu dari 15 September sehinggalah 4 November baru-baru ini adalah satu rekod baru kebangsaan. Mana tidaknya projek-projek mewah, projek tambak laut dan projek kondominium mewah setiap tahun yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri DAP dan dibina di kawasan yang sangat padat sehingga mengakibatkan kenaikan air apabila hujan sudah tidak mampu lagi ditampung oleh longkang ketika hujan lebat.
Persoalannya di sini sampai bila isu banjir kilat ini hendak diselesaikan dan diatasi? Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula kita masih dalam musim tengkujuh sekarang ini, keadaan dijangka akan bertambah semakin teruk.
TAHNIAH LIM GUAN ENG KERANA GAGAL MENYELESAIKAN ISU BANJIR SEHINGGA MENGAKIBATKAN RAKYAT MENJADI MANGSA KORBAN.
Kerajaan DAP setakat ini hanya mampu mengeluarkan kenyataan kosong sahaja tetapi gagal menyelesaikan masalah. Sebelum mereka menang dan merampas Pulau Pinang, terlalu banyak janji manis yang ditabur, DAP dengan angkuh berkata kononnya Kerajaan DAP mampu menyelesaikan isu banjir dengan mudah dalam masa 9 bulan tetapi lihatlah kata-kata manis mereka hanyalah palsu dan hangat-hangat tahi ayam semata-mata.
Ternyata Kerajaan DAP selama ini hanya memberikan janji-janji palsu semata-mata dan memungkiri janji yang diberikan kepada rakyat dan kini apa yang berlaku setelah berlakunya banjir kilat yang semakin teruk melanda Pulau Pinang, mana perginya muka-muka YB wakil rakyat DAP yang sama sekali tidak langsung tidak kelihatan sebaliknya mereka hanya mengarahkan dan menghantar pegawai untuk mengambil gambar-gambar banjir semata-mata.
Realitinya beginilah layanan kelas kedua pemimpin dan wakil rakyat DAP yang mendapat mandat daripada rakyat untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat. Hakikatnya DAP cuma juara rakyat dalam memberikan kata-kata dan menabur janji-janji manis dan palsu kepada rakyat tetapi mereka gagal sebagai pemerintah yang memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat.
Comments
Post a Comment