GUAN ENG BERTINDAK BEKUKAN PERUNTUKAN UNTUK RAKYAT, PERJUANGAN APA GUAN ENG LAKUKAN DEMI RAKYAT?!!




Parti Gerakan Pulau Pinang mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dikenakan tindakan pembekuan peruntukan bagi kawasan mereka selepas gagal hadiri satu majlis rasmi kerajaan negeri. Naib Pengerusi Gerakan negeri , Oh Tong Keong berkata peruntukan bagi ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon; ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bungah, Cheah Kah Peng dibekukan kerajaan DAP.

Ini berlaku setelah mereka didakwa kononnya gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas secara rasmi pada 29 April. Bukan ini caranya kerajaan negeri sepatutnya menggunakan kaedah dan cara lain untuk menghukum mereka yang gagal menghadiri majlis rasmi dan bukannya dengan cara membekukan peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk rakyat kawasan itu. 

Guan Eng mengambil tindakan menyerahkan kerja dan tugas berkenaan kepada ADUN Pulau Tikus daripada DAP, Yap Soo Huey dilihat seolah-olah mengetepikan peranan PKR dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Guan Eng juga berkata pendaftaran mangsa banjir di kawasan Kebun Bunga akan diselia oleh dirinya sendiri dan Soo Huey atas sebab prosedur dalaman. Malah keputusan menarik peruntukan kepada wakil-wakil berkenaan tidak melalui perrbincangan dan rundingan PKR negeri. 

Tindakan Guan Eng itu mengetepikan ADUN PKR untuk memperakui borang permohonan pampasan banjir sebagai satu tindakan yang sangat tidak demokratik dan tidak boleh diterima sama sekali. Tidak hairan dan pelik jika ADUN-ADUN Barisan Nasional tidak diberikan sebarang kuasa memperakui permohonan itu, tetapi apabila ADUN PKR sendiri tidak dibenarkan juga ini adalah sesuatu yang pelik dan janggal. Bukankah PKR adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Tidak ada sebab PKR Pulau Pinang tidak boleh memperakui, ini membuktikan DAP menyingkirkan PKR. 

Kesimpulannya DAP bukan sahaja mengetepikan PKR malahan mengabaikan kebajikan mangsa-mangsa banjir. Sekiranya DAP menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir DAP tidak akan membekukan peruntukan untuk mangsa-mangsa banjir. Rakyat Pulau Pinang perlu membuka mata untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama, jangan sesekali mengundi DAP lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Comments