DIKHABARKAN AB. RASHID MANTAN PENGERUSI SPR YANG KINI BERSAMA PPBM AKAN JUAL 15 EKAR TANAH KEPUNYAANNYA KEPADA ECO MAJESTIC ATAU SETIA ECOHILL
Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman adalah mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari 17 November 2000 sehingga dia bersara pada 30 Disember 2008. Selepas bersara dia membeli 15 ekar tanah di Kg Rinching Tengah Beranang Semenyih, Selangor secara tunai (RM10 juta) tidak jauh dari lokasi tanah itu dengan projek Eco Majestic dan Setia Ecohill 1 & 2 dengan harga jutaan ringgit. Ternyata hebat sungguh buat seorang mantan Pengerusi SPR yang berkemampuan untuk membeli tanah bernilai jutaan ringgit!
Kini difahamkan Tan Sri Ab. Rashid bakal menjual tanah 15 ekar yang dibelinya kepada pemaju projek Eco Majestic atau Setia Ecohill jika projek di kawasan itu semakin maju. Tan Sri Ab. Rashid hanya menunggu nilai tanah semakin tinggi bagi mendapatkan pulangan wang.
Lebih menarik lagi, selepas membeli tanah ini pada tahun 2009, Tan Sri Ab. Rashid menemui Dato' Seri Shafie Apdal untuk meminta peruntukan Projek Jalan Kampung (PJK) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Peruntukan bagi projek membina jalan itu mencecah RM70,000. Senang-senang saja, dia meminta 'kabelnya' untuk meluluskan projek jalan ke tanahnya.
Akhir sekali, persoalannya di sini dari mana Tan Sri Ab. Rashid memperolehi wang berjuta untuk membeli tanah di kawasan itu secara tunai? Dalam perhimpunan Kleptokrasi yang lepas, bukan main lagi dia mengkritik pemimpin negara, walhal dia sendiri tidak mahu 'cermin' dirinya sendiri. Bak kata pepatah melayu, Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Ab. Rashid Yang Lebih!
Comments
Post a Comment