DAP SEPATUTNYA TANYA MAHATHIR TERLEBIH DAHULU MANA SATU PILIHANRAYA YANG BERSIH?


LIM Guan Eng selepas menang pada pemilihan semula CEC baru-baru ini terus dengan sikap angkuhnya dengan mendakwa bahawa pilihanraya pada kali ini adalah pilihanraya yang paling kotor pernah diadakan di Malaysia.

Dakwaan dan tuduhan ini banyak kali telah diungkapkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebagai salah satu serangan psikologi mereka untuk mempengaruhi minda rakyat.

Namun apa yang lebih jelas, sekiranya keputusan pilihanraya tersebut memihak kepada pembangkang mereka tidak akan berbunyi untuk membangkitkan isu kemenangan. Tetapi jika pembangkang megalami kekalahan mereka akan mengata memaki hamun dan membuat fitnah sehingga menjelang musim pilihanraya akan datang.

Tapi adakah DAP dan pembangkang sedar, kejayaan Tun Mahathir kekal berkuasa selama lebih 22 tahun memerintah Malaysia adalah dari taktik kotor yang pernah dilakukannya selama ini?

Tun Mahathir telah mendedahkan dalam artikelnya bagaimana beliau menggunakan semua jenis taktik kotor, termasuk penempatan semula pengundi, menggunakan wang dan bahan untuk menyogok serta mengawal sistem pengawasan, untuk membolehkan Barisan Nasional terus berkuasa.

Tapi itu dulu, zaman pemerintahan Tun Mahathir. Perdana Menteri pada masa itu bersifat kuku besi dan mengamalkan kronisme untuk kekal berkuasa. Tapi pendekatan Datuk Seri Najib jauh berbeza dari Tun Mahathir.

PM Najib lebih bersifat terbuka, tidak menggunakan ISA sebagai salah satu cara untuk mencengkam rakyat. Jika PM Najib kuku besi masakan 4 buah negeri boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR). Pada zaman PM Najib juga dikatakan telah berlakunya 'TSUNAMI CINA' dan Cina Mahu Apa Lagi?
Tapi itu semua tidak mematahkan semangat kerajaan untuk membantu rakyat. Pelbagai skim diperkenalkan untuk membantu meningkatkan 6.2%.
ekonomi golongan sasar yang telah dikenalpasti. Disamping itu juga ekonomi Malaysia kian mapan dan pencapaian KDNK dalam negara pada suku ketiga pada tahun 2017 meningkat kepada

Terpulang kepada pengundi untuk menilai sejauhmana prestasi Kerajaan Barisan Nasional menjalankan tugas mereka. Bagi tuduhan DAP bahawa pilihanraya bakal berlangsung dalam keadaan paling kotor ianya perlu ditolak sama sekali kerana kita bukan lagi duduk di bawah regim MAHATHIRISME.

Comments