Pemilihan Zairil Khir Johari hanya sebagai sandiwara untuk mengaburi masyarakat sedangkan individu itu bukan Melayu tulen. Ini terbukti apabila sebuah blog mendedahkan salah silah keturunan Zairil Khir Johari yang hanya meminjam nama bapa tirinya sahaja untuk digelarkan sebagai anak Melayu.
Rujuk di sini :
http://apple-biru.blogspot.my/…/asal-usul-zairil-khir-johar…
Apabila kita melihat sandiwara DAP yang mengatakan mereka tidak rasis dan mempunyai ahli dan pemimpin yang datangnya dari berbilang kaum, tapi keputusan pemilihan semula CEC DAP 2017 tidak menggambarkan perkara tersebut.
Melayu terus di diskriminasi oleh perwakilan yang majoriti besarnya adalah berketurunan Cina. Hanya 7 calon Melayu yang bertanding namun hanya seorang sahaja iaitu Zairil Khir Johari yang menang.
Bagi kaum India pula seramai 16 orang calon yang diketengahkan untuk bertanding, hanya 2 orang sahaja yang layak iaitu M. Kulasegaran dan V. Sivakumar yang menduduki tangga ke 14 dan 20.
3 orang calon Melayu mendapat undian terendah iaitu dibawah angka 30 menunjukkan diskriminasi terhadap Melayu di dalam DAP amat kuat.
DAP yang diasaskan oleh kaum Cina Komunis, namun masih ada juga kaum-kaum lain seperti Melayu dan India yang masih terhegeh-hegeh untuk mendapatkan khidmat bakti dari kaum tersebut sedangkan banyak lagi parti politik berasaskan kaum mereka yang lebih kuat untuk membela nasib rakyat.
Selain itu dengan kemerosotan kehadiran perwakilan pada kali ini (1,356 hadir daripada 2,514 yang layak = 1158 tidak hadir) membawa mesej yang amat jelas apabila akar umbi cuba menunjukkan tanda protes kerana tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Dinasti Lim dan juga kepada parti itu secara keseluruhannya.
Kegagalan perwakilan yang majoritinya kaum Cina menghadiri CEC ini juga menunjukkan liabiti sokongan terhadap DAP merosot. Ini menunjukkan parti anak beranak itu tiada kredibiliti untuk mentadbir sebuah parti mahupun sebuah kerajaan.

Comments
Post a Comment