CERAMAH MUKHRIZ PALING GAGAL!!



Baru-baru ini telah berlangsungnya ceramah oleh Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Mukhriz telah dilaporkan diaibkan semasa berceranah di Kampung Baru, Pedang. Pada mulanya ceramah berkenaan disasarkan sejumlah 1,000 orang walaupun mengikut logik akal kawasan ceramah itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja. 

Namun Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Mukhriz Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin ceramah berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ria kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai berkaitan dengan pembinaan hospital Pendang yang kononnya lewat difahamkan tidak menarik perhatian orang ramai yang datang kerana tender untuk membina hospital itu telah pun dikeluarkan oleh kerajaan pada awal bulan ini dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

Malangnya hasrat Mukhriz itu sama sekali tidak kesampaian apabila ceramah tersebut tidak mendapat sebarang sambutan yang menggalakkan. Walaupun ramai pemimpin besar PPBM hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka. Pengerusi PPBM Mahathir yang kononnya dikatakan akan bersama pada majlis itu dilihat tidak muncul-muncul juga dalam majlis ceramah berkenaan. 

Kehadiran 1,000 orang pada awalnya juga dikatakan diimport daripada luar. Semasa Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM mula berucap, orang ramai dilaporkan beransur sedikit demi sedikit meninggalkan ceramah berkenaan. Muhkriz Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai ceramah berkenaan. 

Waktu Mukhriz berceramah, ramai yang sudah beredar meninggalkan kawasan berkenaan. Ini bukan kali pertama, orang ramai tidak layan ceramah Mukhriz. Melihat kepada orang ramai yang hadir tidak sampai pun 1000 orang, maka ini sudah pasti mengecewakan dan mengaibkan Mukhriz Mahathir. Mukhriz pasti aras terhina kerana ceramah anjurannya adalah yang paling gagal buat masa sekarang ini. Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti semakin hampir, ceramah yang diadakan pula gagal, dah tentu Mukhriz dan pemimpin-pemimpin PPBM semakin hilang punca momentum dan matlamat yang mereka mahukan dan sasarkan tidak menjadi.

Realitinya sudah bermacam-macam cara dilakukan tetapi nampaknya ceramah Mukhriz gagal. Mukhriz gagal menarik perhatian ramai sedangkan Mukhriz dianggap sebagai aset utama oleh pembangkang. Ceramah Mukhriz ini adalah ceramah yang paling gagal sekali.

Comments