BILA SUDAH DIBANTU LIM GUAN ENG KATA TIADA BANTUAN DITERIMA - INILAH MANUSIA LIDAH BERCABANG



Dalam sidang media baru-baru ini Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa kerajaan Pusat tidak memberi bantuan kepada Kerajaan Pulau Pinang dan mangsa banjir.

Kenyataan Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih itu seolah-olah menafikan bantuan yang dihulurkan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) kepada mangsa bencana sepanjang minggu lalu.

Sabtu lalu, Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya mengagihkan 60 kontena bantuan kepada mangsa banjir Pulau Pinang, seperti yang diarahkan Najib, yang juga Penaung kelab berkenaan.

Antara sumbangan yang diserahkan ialah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat-peringkat bermula 8 November lalu.

Adakah Lim Gun Eng mahu Perdana Menteri datang mengadap dan menyembah Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk memperincikan apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan dalam usaha membantu mangsa banjir?

Kerajaan ada jabatan dan kementerian yang ditempatkan di Pulau Pinang yang berperanan mengurus serta memastikan perjalanan misi bantuan tiba dengan selamat serta dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Manakala segala peruntukan mengenai pembinaan tebatan banjir disekitar Pulau Pinang, kerajaan perlu berbincang dan memperincikannya terlebih dahulu walaupun peruntukan telah diumumkan sebanyak 1 bilion oleh Perdana Menteri di dalam akhbar dan media.

Namun, apa yang boleh diberi perhatian oleh kerajaan pada peruntukan tebatan banjir yang akan dibina agar pisang tidak berbuah dua kali sebagaimana peruntukan pembinaan terowong dasar laut yang hingga kini masih diperingkat kajian.

Kerajaan perlu mengawal setiap perbelanjaan dengan menyerahkan peruntukan tersebut kepada Jabatan Alam Sekitar ataupun JKR serta badan yang berwajib sahaja. Jangan sesekali melakukan transaksi terus kepada kerajaan DAP kerana dikhuatiri mereka akan menyalahgunakan wang tersebut ke tempat lain.

BELAJAR DARI PENGALAMAN.. KERAJAAN DAP PULAU PINANG SUKA KLEPET WANG PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT.

Comments