BERSUNGGUH PAKATAN HARAPAN UNTUK TOLAK BAJET KPDNKK, TAPI BILA UNDIAN GAGAL NAK SALAHKAN ORANG LAIN PULA



Kecoh di alam maya berkenaan berita Kerajaan hampir kalah dalam undian Bajet 2018 dengan keputusan 52 yang menyokong, 51 menolak, dan 2 berkecuali.

Oleh kerana Pakatan Harapan kalah dengan majoriti 1 undi sahaja, maka mereka dengan semudahnya menjadikan PAS sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan. Manakala MP BN yang masuk lambat ke dewan pun mereka nak jadikan isu. Mujur peraturan dewan menyebelahi pihak kerajaan.

Kononnya, undian semalam untuk kenaikan kos sara hidup dan harga barang sedangkan sebenarnya, undian tersebut adalah untuk meluluskan Bajet Kementerian KPDNKK beroperasi. Terdapat beberapa kekeliruan dan penipuan fakta yang perlu diperjelaskan di sini;

a) Adakah undian BAJET untuk KPDNKK itu berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup dan harga petrol?

Jawapannya: TIDAK.

Undian pada malam tersebut adalah berkenaan meluluskan Bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beroperasi bagi tahun 2018.

b) Apakah isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan?

Bajet yang berjumlah RM1.43 billion adalah untuk melaksanakan program;

- pembangunan perdagangan dalam negeri 
- pembangunan koperasi 
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi

c) Mengapa ada ahli Parlimen PAS berkecuali dan ada yang menolak ketika pengundian?

Ketika undian belah bahagi peringkat Dasar Bajet 2018 berlangsung pada 13 November 2017, sudah ada keputusan secara kolektif lebih awal untuk Ahli Parlimen PAS untuk mengambil keputusan Berkecuali.

Hakikatnya, PH telah gagal dalam pengundian tersebut dan cubaan mereka untuk mensabotaj peruntukan rakyat yang diberi kerajaan telah digagalkan oleh PAS.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lebih 20 orang Ahli Parlimen PH tidak hadir semasa pengundian berlangsung. 
Berikut adalah sebahagian tokoh besar PH yang tidak hadir berserta alasan yang mungkin relevan digunakan untuk menolak serangan dalam PH nanti;

a) Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah 
b) Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang 
c) Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin 
d) Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali 
e) Pengerusi DAP, Tan Kok Wai 
f) Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar

Sebenarnya ramai lagi senarai nama MP PH yang tidak hadir. Cukuplah dengan nama-nama di atas bagi menggambarkan betapa tidak seriusnya mereka dalam menangani masalah rakyat.

Cuma kita perlu tahu adakah mereka betul-betul mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak hadir ke persidangan dewan tersebut? Adakah mereka ponteng dewan? Adakah mereka juga turut berkecuali?

Bukankah ketidakhadiran mereka ini adalah punca utama kegagalan PH dalam operasi serang hendap pengundian semalam?

Comments