AZMIN DAN KERAJAAN KRONISME PKR MENYALAHGUNAKAN KUASA, SEKALIGUS MEROSAKKAN DAN MEMUSNAHKAN NEGERI SELANGOR




DAP menolak segala cadangan PKR dan parti-parti lain untuk mencalonkan Azmin Ali sebagai salah seorang barisan kepimpinan Pakatan Harapan. DAP sudah serik dengan corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh Azmin Ali sepanjang dia menjadi Menteri Besar Selangor. 

Sepanjang Azmin menjadi Menteri Besar Selangor, kronisme dalam pemerintahan Azmin jelas berlaku.  Baru-baru ini skandal tanah di Kampung Sungai Yu kini semakin jelas apabila salah seorang daripada tiga pemimpin PKR yang didakwa membolot lot tanah dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Menteri Besar Selangor. Pemimpin PKR Sungai Yu sering kali dilihat berdampingan dengan Azmin dalam pelbagai program politik atau kerajaan negeri. 

Ini membuktian PKR Selangor salah guna kuasa dan kronisme di sebalik skandal tanah berkenaan. Kini satu demi satu bukti penyelewengan terdedah. Azmin yang sepatutnya bertanggungjawab kerana dia salah seorang pemimpin yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memilih siapa yang layak menerima tanah itu. Itu yang terjadi bila Azmin terlibat dalam hal berkenaan, beliau telah memberikan projek berkenaan kepada pemimpin PKR sehinggakan mereka membolot empat lot tanah iaitu menggunakan nama sendiri adik beradik dan ayahnya. 

Kini skandal penganugerahan tanah Sungai Yu sudah terbongkar apabila wujudnya 18 individu misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diberikan turut tanah berkenaan. Ini membuktikan Kerajaan Azmin dan PKR sememangnya terlibat dalam amalan kronisme yang semakin kronik. Kalau sudah kronisme, inikan pula ada hati mahu jaga hak dan kebajikan rakyat. Jadi kepada orang Selangor bukalah mata hati dan minda anda agar segera melakukan perubahan dengan menolak PKR pada Pilihan Raya Umum akan datang dan seterusnya mengundi Kerajaan Barisan Nasional.

Comments