AZMIN ALI RANCANG DAP AMBIL ALIH SELANGOR



Jika Azmin Ali terus-menerus mahu menyedekahkan kerusi PKR kepada PAN dan PPBM, maka rakyat Selangor bakal menerima MB baru calon dari parti DAP selepas PRU-14. Itu pun jika Barisan Nasional masih belum dapat merampas Selangor dari Pakatan Harapan.

Kenyataan terbaru Azmin Ali cukup menggusarkan pengundi Pakatan Harapan di Selangor kerana PKR akan kehilangan banyak kerusi jika kerusi yang dimiliki parti itu diserahkan kepada parti Melayu dalam PH iaitu PAN dan PPBM.

Azmin Ali seolah-olah telah merancang perkara tersebut kerana DAP langsung tidak diusik kerusi mereka dalam usaha pembahagian kerusi PH di Selangor.

Kedudukan DAP tidak tergugat dan kemenangan kerusi DAP dijangka meningkat di kerusi DUN Selangor jika parti Melayu di dalam PH terpaksa berkongsi kerusi sesama mereka.

Tahaluf siyasi PAS bersama PKR hanya termaktub pada penggal ini. Azmin Ali dan PKR sejak kebelakangan ini juga nampaknya sudah banyak mempergunakan ADUN PAS yang dibawa menjadi Exco Selangor sebagai 'punching bag' untuk mengelak dirinya ditohmah.

Kepincangan pentadbiran Azmin Ali juga terserlah dengan beberapa skandal melesapkan wang skim bantuan kepada rakyat. Manakala janji yang telah ditaburkan semasa kempen PRU-14 yang lalu masih belum dilaksanakan serta di capatikan oleh kerajaan Azmin Ali yang mengamalkan kronisme dan rasuah.

Agak-agak bila la kerajaan Selangor mahu tandatangani Indeks Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM ya?

Comments