AZMIN ALI PANAS PUNGGUNG! ANAK SAUDARA MENTERI BESAR SELANGOR DITAHAN SPRM! BAGAIMANA ANAK SAUDARA AZMIN ALI BOLEH JADI KAYA RAYA & HIDUP MEWAH DENGAN TIDAK BEKERJA?


Berita mengejutkan tentu sudah diterima Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali bahawa anak saudaranya Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Anak saudara Azmin Ali ditahan di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari semalam bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Sudah tentu, Azmin Ali tidak akan senang duduk dan berasa gundah gelana dengan penahanan anak saudaranya itu. Selain itu dipercayai dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui ketika mereka ditahan.

Untuk makluman seluruh rakyat Malaysia, Nuzul Fadli yang berusia 34 tahun tidak bekerja namun memiliki kekayaan luar biasa dan dipercayai menjadi kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.

Malah bagi menambah kesahihan perkara ini, Nuzul Fadli juga sentiasa menyertai program-program Menteri Besar Selangor, menyertai mesyuarat bersama Menteri Besar, memiliki kenderaan mewah, kediaman serta sentiasa bercuti di luar negara walaupun tidak mempunyai pekerjaan.

Pendek kata, perkara ini telah menimbulkan keraguan dan hilang rasa percaya rakyat terhadap Menteri Besar Azmin Ali yang memperjuangkan Kerajaan yang bebas rasuah. Ternyata insiden ini akan memberi tamparan hebat buat Azmin Ali dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa Azmin Ali mengamalkan sikap nepotism dan kronisme dalam pentadbirannya.

Comments