Ura-ura di media massa dan media sosial hangat memperkatakan UMNO dan PAS akan mengadakan kerjasama bagi memastikan kedaulatan negara terus terjamin.
Selain itu, kerjasama itu juga dikatakan akan menjaga hak-hak orang Melayu dan umat Islam di Malaysia selain beberapa isu berkaitan hal-hal politik dan pentadbiran antara kerajaan negeri dan negara.
Ini berikutan telah banyak isu yang dibangkitkan oleh golongan pencabar dan pendesak yang mahukan kelebihan yang dinikmati orang Melayu dan Bumiputera dicabar seterusnya dikurangkan.
Tidak lupa juga kesucian agama Islam turut dicemari dan tidak dihormati oleh sesetengah pihak yang memang sengaja cuba menimbulkan keresahan dikalangan penganutnya.
Jika kita meninjau respon yang telah dikeluarkan oleh pemimpin dari kedua-dua parti tersebut ia jelas menunjukkan usaha tersebut bukan hanya angan-angan mat jenin. Usaha tersebut semakin positif dan ianya disambut dengan baik dari kepimpinan parti.
Kenyataan di bawah ini boleh menjadi panduan dan rujukan.
Kelantan akui hubungan dengan kerajaan makin baik
http://www.sinarharian.com.my/…/kelantan-akui-hubungan-deng…
Kerjasama antara UMNO dan PAS sekiranya dimaterialisasi akan memberi manfaat kepada penyatuan ummah, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php…
Kerjasama PAS-UMNO berasaskan konsep 'taawun'
https://www.bharian.com.my/…/kerjasama-pas-umno-berasaskan-…
Penyatuan UMNO, Pas tidak memudaratkan�
http://www.utusan.com.my/…/penyatuan-umno-pas-tidak-memudar…
Maka jelaslah kedua-dua parti tidak bertepuk sebelah tangan dan masakan lalang bergoyang jika tiada angin yang bertiup. Menjelang PRU-14 yang semakin hampir pada saat ini, alangkah bagus dan alangkah baiknya jika kerjasama ini direalisasikan.
Dikatakan PRU pada kali ini adalah penentu antara hidup atau mati perjuangan umat Melayu dan Islam. Ini berikutan ramai dari kalangan kaum Melayu sudah berpecah dan sebahagiannya tidak malu bekerjasama dengan DAP yang secara jelas cuba mengambil kesempatan atas kelemahan sistem yang wujud selama ini.
Rakyat hanya perlu memilih samada mahu bersatu atau mahu berpecah dan kemudiannya membawa rebah.
Comments
Post a Comment