AMANAH KATA PAS MESRA KERAJAAN TAPI TAK SEDAR DIRI AMANAH MESRA DAP!


Pemimpin-pemimpin Amanah diketuai Mat Sabu dilihat melakukan serangan demi serangan ke atas Parti PAS dengan tujuan untuk melemahkan dan memecah belahkan parti itu. Amanah sering kali melabel parti itu mesra kerajaan dan UMNO walhal Amanah lupa diri bahawa parti itu sebenarnya lebih mesra DAP.

Pemimpin utama PAS, Idris Ahmad membidas parti Amanah dan meminta pemimpin Amanah agar tidak mencampuri hal pentadbiran PAS dengan tidak mengeluarkan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal. Walaupun sebelum ini Amanah mendakwa PAS dilihat mesra dengan kerajaan dan UMNO, namun realitinya pemimpin parti itu lebih cenderung untuk bersama DAP atau sudah menjadi kuda tunggangan DAP.

Mereka kata PAS goyah serta bercelaru, sebaliknya Amanah yang goyah dan suka menyibuk pasal hal parti orang PAS. Sebelum ini mereka kata PAS mesra dengan UMNO, tapi pemimpin mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka lebih akrab dan seiringan dengan parti DAP dan kini bekerjasama dengan Ketua Perompak, Tun Dr. Mahathir. 

Pendek kata, jangan jadi paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! Walaupun PAS dilihat mesra Kerjaan namun PAS sangat komited bersama Gagasan Sejahtera dengan pendiriannya dan akan menentang Pakatan Harapan (PH) pada pilihanraya umum ke-14 (PRU14) nanti. Ini kerana PAS sudah bersedia untuk menentang PH dan Amanah serta lawan PRU14 nanti.



Comments