ADAKAH PPBM SUDAH BESAR KEPALA? PPBM MAHU KERUSI TEWAS PKR DI SELANGOR!


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipercayai mahu bertanding di kerusi PKR yang kalah kepada UMNO di Selangor pilihan raya umum lepas. Permintaan PPBM ini menampakkan bahawa parti yang baru setahun jagung dan belum membuat mesyuarat agung tahunan sudah pandai meminta-minta kerusi walaupun mereka masih baru dalam persada politik negara. 

Jelas sekali PPBM adalah sebuah parti yang mahu mendahului parti-parti lain dalam Pakatan Harapan dan hanya mahu menentang UMNO. Keinginan mereka untuk bertanding di semua kerusi PKR yang kalah kepada UMNO pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan bahawa parti ini mempunyai matlamat sendiri yang bersifat egoistik dan tamak!

Di antara kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR yang kalah kepada UMNO ialah di kawasan Dengkil, Kota Damansara, Semenyih, Kuang, Bukit Melawati, Permatang dan Batang Kali. Namun yang demikian, jentera PKR telah bekerja di kawasan pilihan raya ini untuk mendapatkan keyakinan rakyat dari masa pemilihan berakhir pada tahun 2013. Banyak ahli parti, terutamanya di peringkat akar umbi, merasakan permintaan PPBM itu adalah keterlaluan kerana PKR telah banyak bekerja keras di kawasan ini.

PKR juga sedang berusaha meningkatkan bilangan kerusi dari 13 semasa untuk terus mengawal pentadbiran negeri Selangor. Jika kerusi PKR yang kalah diberikan kepada PPBM, maka peluang PKR untuk menambah kerusi di peringkat DUN Selangor akan berkurangan. Malah sekiranya ianya berlaku, penambahan kerusi PKR pada PRU-14 akan menjadi terhad kepada kerusi-kerusi yang dimenangi mereka dan andai kata mereka kalah kerusi sedia ada yang dimenangi pada PRU-13 maka perkara ini akan menjadi masalah serius buat PKR dan menguntungkan PPBM!

















Comments