Ketiadaan 5 nilai teras utama dalam parti pembangkang seperti mana yang dipratikkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membuatkan Pakatan Pembangkang berpecah dan mereka hanya bersatu kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri.
Lima nilai teras yang diamalkan BN ini adalah termasuk kerjasama antara parti komponen, harmoni, perpaduan antara kaum, koordinasi kerja yang baik dan persepakatan dalam masyarakat berbilang kaum menjadi tunjang kepada kejayaan dan kekuatan parti BN.
Nilai-nilai inilah yang membolehkan rakyat menaruh harapan kepada kerajaan sekarang kerana setiap janji ditepati dan BN tidak membelakangkan rakyat.
Malah Malaysia juga telah menjadi contoh kepada negara luar oleh kerana nilai pemerintahan yang baik dengan kerajaan mengotakan janjinya kepada rakyat. Jesteru perkara inilah yang membezakan antara parti BN dengan parti pembangkang yang ternyata jauh panggang dari api!
Tidak dinafikan bahawa, 5 nilai murni yang dipraktikkan Kerajaan BN sejak Malaysia mencapai kemerdekaan membuktikan parti itu layak untuk terus menerajui tampuk kepimpinan negara. Parti BN masih parti yang sangat relevan untuk mengemudi negara ini.
Comments
Post a Comment