3 KESALAHAN PPBM YANG ROS TIDAK BOLEH MAAFKAN



PPBM diancam untuk dibatalkan pendaftaran mereka kerana ROS mendapati parti politik itu telah melanggar syarat dan perlembagaan yang telah mereka tetapkan sendiri.

Apa yang pelik disini, PPBM dikatakan parti yang gah dengan seorang mantan PM iaitu Tun M yang mengetuai perti tersebut dan juga sambil dibantu oleh mantan TPM yang hanya goyang kaki semasa menjawat jawatan tersebut tidak dapat mengurus perjalanan parti mereka.

Inilah akibatnya bila satu kapal mempunyai banyak nakhoda dan ahli dan barisan kepimpinan parti tersebut masing-masing mahu mengambil kesempatan ke atas parti yang baru ditubuhkan itu untuk merebut jawatan dan kepentingan peribadi. Tapi akhirnya perjalanan parti sendiri tidak dipeduli.

Akhirnya, ahli Armada yang ditubuhkan secara haram oleh PPBM di ejek dan dicela oleh parti lawan dan rakan-rakan mereka akibat sayap pemuda tersebut tidak berfungsi dan berperanan sebagaimana yang diharapkan.

PBM dan barisan pemimpinnya HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA.

ROS telah menyenaraikan 3 kesalahan yang dilakukan oleh parti cipataan Tun M tersebut iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Sekarang, Tun M dan konco-konconya mula menggelabah dan mula nak menyalahkan orang lain. Namun yang paling kelakar sekali adalah apabila Tun M mengakui parti ciptaannya adalah parti yang banyak masalah dan keanggotaannya tidak distruktur dengan baik.

Comments