Difahamkan bahawa seramai 110 perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah menolak untuk tidak mengundi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Ternyata tindakan ini menimbulkan persoalan kepada semua bahawa ramai perwakilan dalam DAP yang sebenarnya tidak gemar dan benci dengan keluarga dinasti Lim dalam DAP.
Walaupun, keputusan pemilihan semula kali kedua CEC DAP yang diadakan pada 12 November menyaksikan Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agong, Lim Guan Eng kekal dalam kepemimpinan tertinggi parti berkenaan namun itu, jumlah undi mereka telah merosot dan berkurangan menampakkan kurangnya sokongan akar umbi parti DAP ke atas perjuangan yang dibawa mereka.
Petanda keputusan ini jelas menunjukkan wujud kumpulan-kumpulan tertentu dalam DAP itu sendiri yang menentang agenda Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Oleh itu tidak mustahil, ramai perwakilan dalam DAP yang sudah jemu dan tidak tahan dengan karenah dinasti Lim maka mereka memilih untuk menolak kepimpinan mereka.
Kit Siang memperoleh jumlah undi sebanyak 1,199 diikuti rapat oleh Gobind dengan jumlah undi 1,198 manakala Guan Eng memperoleh undi sebanyak 1,180. Ketiga-tiga mereka memperoleh jumlah undi yang berkurangan berbanding ketika pemilihan semula pada 2013 dipercayai susulan kehadiran perwakilan yang merosot iaitu seramai 1,376 berbanding 1,725 pada 2013. Pengaruh Dinasti Lim dalam DAP makin pudar dan ditolak perwakilannya. 110 pengundi menterjemahkan undi mereka dengan tidak mengundi keluarga Lim!
Comments
Post a Comment