UNDI HARAPAN SAMA DENGAN MERESTUI KEZALIMAN MAHATHIR



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya bertaubat kerana menjadi punca kepada kerosakan sistem negara, pengurangan kuasa Raja-raja Melayu, amalan demokrasi yang tempang dan menjadi diktator ketika zamannya.

Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya. Tingkah lakunya itu menunjukkan sikap tidak jujurnya untuk selamatkan Malaysia.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut membalas semula kritikan Dr Mahathir yang sebelum ini berkata undian terhadap PAS sama sahaja seperti mengundi BN.

Abdul Hadi dengan tegas membalas kritikan Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa undian terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) pula adalah bersamaan dengan "mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir".

Apa yang jelas perjuangan Dr Mahathir hanya mahu menjatuhkan Najib sahaja bukannya demi Malaysia atau rakyat. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir.

Mahathir yang kini menjadi pengerusi HARAPAN pernah menggesa mereka yang mengkritiknya untuk melupakan hal lalu dan menumpukan perhatian kepada masa depan negara. Mungkin Dr Mahathir adalah semudah ABC untuk melupakan kekejamannya tetapi perlu diingatkan rakyat tidak mudah untuk melupakan kezaliman Dr Mahathir.

Tindak balas Presiden PAS itu menunjukkan pendirian tegas mereka untuk tidak menyokong Dr Mahathir mahupun HAAPAN. PAS enggan bekerjasama dengan parti itu kerana hubungannya dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Mengenai hubungan PAS dan UMNO pula, Hadi menegaskan bahawa pendirian parti ialah mereka hanya akan bekerjasama berhubung soal melibatkan kepentingan Melayu dan Islam. PAS akan menyokong apa yang baik dan positif demi keutamaan Islam dan Melayu.

Comments