TURUN GST KEPADA SIFAR PERATUS TIDAK REALISTIK


Gesaan pembangkang yang mahu kerajaan menurunkan kadar GST kepada sifar peratus adalah tidak realisitik.. GST kini sudah menjadi salah satu sumber pendapatan utama negara. Malah, negara kini sudah tidak boleh bergantung kepada pendapatan berasaskan komoditi kerana harga pasaran yang tidak stabil.

GST memang dah jadi sebahagian sumbangan pendapatan negara jadi memang kita tak bolehlah kecualikan GST itu kerana semua negara di dunia ini memang laksana GST kerana GST jadi persediaan jika apa-apa berlaku dan kita tak boleh bergantung kepada satu-satu komoditi atau pendapatan.

GST ini satu pendapatan yang lebih stabil dan lebih efisien, selagi rakyat mengguna selagi tu mereka bayar cukai. Pembangkang sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan supaya kadar GST ditukar kepada 0%, tetapi gagal memberikan pelan alternatif bagi menjana pendapatan negara.

Cadangan itu dibentang dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan (PH).

GST adalah satu cukai yang sangat berguna dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Namun, sekiranya hasil dapatan GST itu sudah melepasi angka yang memadai untuk dipulangkan kepada rakyat, kerajaan harus memberikan manfaat itu mungkin daripada segi pengurangan cukai yang lain.

Kena diimbangi cukai-cukai yang boleh dikurangkan, biarlah GST ni jadi satu sumber cukai yang cukup. Kerana sekarang mungkin masih belum cukup, mungkin apabila capai kadar yang cukup jadi tak perlu lagi ada cukai-cukai lain.

Cukai-cukai lain nanti hendaklah dikurangkan bila kutipan GST dah capai tahap yang mencukupi, sekarang mungkin masih tak cukup. Bila ekonomi berkembang, mungkin pungutan GST capai RM60 bilion. Mungkin di situ benda-benda yang lain boleh dikurangkan, cukai-cukai lain yang membebankan rakyat.

Perdana Menteri menafikan GST dinaikkan seperti yang didakwa pembangkang. Setakat 19 Oktober 2016 kutipan GST berjumlah hampir RM30 bilion.

Comments