TONY PUA TABUR FITNAH UNTUK TUMBANGKAN NAJIB KONONNYA TERLIBAT SALAH LAKU DALAM JAWATANNYA SEBAGAI PEGAWAI AWAM



Sebelum ini Tony Pua telah membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri telah melakukan salah laku dalam jawatannya sebagai pegawai awam. Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Faizah Jamalaudin dalam keputusannya ketika membenarkan permohonan Najib dan kerajaan menyatakan bahawa Tony Pua tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan tuntutan tersebut.

Tindakan saman yang difailkan oleh Tony juga tiada kausa tindakan yang munasabah dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.Tony tidak menyertakan sebarang butiran berhubung dakwaannya sehubungan itu saman tersebut hanya bersandarkan spekulasi semata-mata.

Inilah kerja puak-puak pembangkang di Malaysia seperti Tony Pua dan lain-lain pemimpin pembangkang, apa sahaja yang najib lakukan semuanya tidak kena dan tidak betul. Tony Pua menyerang Najib dengan mereka-reka cerita tentang salah laku Najib. Semua perkara yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kita sampaikan ada ketikanya puak pembangkang berasa begitu yakin kononnya Najib akan melepaskan jawatannya.

Tony Pua nampaknya begitu obses dengan politik dan kerakusan untuk menaiki takhta telah melenyapkan maruah diri dan hanya akan terarah untuk mendapatkan kedudukan, pangkat dan kekuasaan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dan amanah yang begitu besar khususnya melibatkan rakyat.

Hakikatnya apa yang dilakukan oleh Tony Pua hanyalah satu lakonan penuh sandiwara yang tidak akan membawa keuntungan kepada Pakatan Haprak itu sendiri. Realitinya Tony Pua sedang menghentam dan menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi agenda politik dan kepentingan peribadi masing-masing.

Jika benar Tony Pua dan parti Pakatan Harapan atau Pakatan Haprak yakin bahawa mereka mempunyai banyak kelebihan untuk menumbangkan dan menumpaskan kerajaan sedia ada maka sudah pastilah gerak dan kerja politik mereka tidak akan terlalu kebudak-budakan seperti mana yang sedang berlaku pada hari ini.

Kesimpulannya Tony Pua bersama-sama dengan pemimpin pakatan Harapan sebenar-benarnya tidak senang dengan pelbagai usaha yang dibawa oleh kerajaan dalam membawa perubahan kepada kita semua. Apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir maka mereka mula bimbang melihat masyarakat di sini mengubah laluan kepada UMNO. Aura dan kesungguhan Najib sebagai Perdana Menteri yang berjaya menangkis tohmahan demi tohmahan selain terus bekerja untuk rakyat dan membuktikan komitmen kerajaan persekutuan sebenarnya sudah menyebabkan PEMBANGKANG semakin gusar.

Terimalah hakikat dalam kecelaruan dan kesongsangan yang kini menghantui Pakatan Haprak , mereka sebenarnya bimbang dengan Najib !

Comments