TINDAKAN DR MAHATHIR HINA BUGIS CETUS PERASAAN TIDAK PUAS HATI DI KALANGAN MASYARAKAT BUGIS DI MALAYSIA



Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai keturunan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam himpunan haram anjuran Pakatan Harapan baru-baru ini dilihat hanya merendahkan ilmu pengetahuan bekas Perdana Menteri itu yang membawa kepada keruntuhan sifat beliau sebagai seorang pemimpin berwibawa.

Dalam isu ini, Dr. Mahathir bukan sahaja melakukan serangan peribadi ke atas Najib tetapi telah menghina masyarakat Bugis ke¬seluruhannya.

Sebagai maklum balas kepada kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir, masyarakat berketurunan Bugis di negara ini berhimpun di hadapan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan berbaur perkauman terhadap mereka baru-baru ini.

Perhimpunan secara aman melibatkan lebih 200 masyarakat Bugis itu diadakan selama lebih setengah jam dengan peserta-peserta perhimpunan membawa sepanduk antaranya tertulis ‘Kami bukan lanun’ dan ‘Mahathir berasal dari mana’ selain melaungkan ‘Kami bukan lanun’.

Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia yang mewakili lebih 70,000 ahli persatuan tersebut di seluruh negara juga mendesak Dr. Mahathir menarik semula kenyataannya itu sebelum pihak berkaitan menganjurkan perhimpunan ban¬tahan yang lebih besar pada masa akan datang bagi mengutuk tindakan Dr. Mahathir.

Pendek kata, sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman, Dr. Mahathir sepatutnya lebih peka dan sensitif terhadap isu perkauman. Ini kerana kenyataan berbaur perkaum¬an ini dikhuatiri akan mengganggu-gugat kestabilan negara dan sepatutnya kenyataan seperti ini tidak boleh keluar dari mulut seorang yang dikatakan sebagai negarawan. 

Dr. Mahathir dalam Himpunan Anti-Kleptokrasi di Sela¬ngor sebelum ini menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis. 

Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan itu secara tidak langsung telah mendatangkan kemarahan masyarakat Bugis seluruh negara dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri tersebut kerana dikatakan menghina kaum berkenaan.

Di samping itu juga, kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia boleh mendatangkan kesan kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini selain memberi persepsi salah terhadap kaum tersebut yang dianggarkan sebanyak satu juta orang di negara ini. 

Rakyat Malaysia berketurunan Bugis sememangnya berasa pedih dengan penghinaan Dr. Mahathir ini. Sikap ini juga memperlihatkan Dr. Mahathir sendiri telah menjatuhkan kredibilitinya sebagai se-orang pemimpin yang unggul dan tokoh negarawan.

Adalah diingatkan supaya ahli-ahli politik pembangkang yang hanya pandai memainkan isu politik supaya tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang melibatkan hal-ehwal keturunan seandainya tidak mengetahui sejarah pembentukan negeri-negeri Melayu di gugusan Tanah Melayu.

Comments