TIADA LAGI PERJANJIAN PILIH KASIH DALAM KERAJAAN DATO SERI NAJIB



Perdana Menteri dalam entri terbarunya menerusi blog najibrazak.com menegaskan 1MDB akan menjana keuntungan kepada rakyat selepas program rasionalisasinya selesai.

Dakwaan yang mengatakan 1MDB menggunakan kutipan hasil GST untuk membayar segala hutangnya adalah ditolak sama sekali dan beliau mengambil contoh pemimpin politik pembangkang yang dulu mengatakan perjalanan 1MDB tidak betul namun kini sudah tidak lagi mengatakan sedemikian.

Malah Perdana Menteri menegaskan pentadbiran kerajaan kini lebih baik diurus berbanding dengan pemimpin sebelum beliau.

Dengan kewujudan 1MDB yang merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia dapat menyelesaikan perjanjian berat sebelah di zaman pentadbiran Tun M selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Perjanjian projek Janaan Kuasa Bebas (IPP) yang dimeterai bersama kroni Tun M didapati berat sebelah dimana sumber tenaga yang ditawarkan tidak digunakan namun kerajaan terpaksa membayar kos perkhidmatan selama hampir 20 tahun.

Dimana setiap tahun kerajaan terpaksa mengeluarkan kos perbelanjaan sebanyak RM19 bilion. Anggaran jumlah yang dibayar kepada kroni Tun M selama 20 tahun tersebut berjumlah RM200 bilion ini tidak termasuk kos-kos sampingan lain.

Akan tetapi setelah wujudnya 1MDB pada hari ini, DS Najib menganggarkan kerajaan dapat menjimatkan kos sebanyak RM200 bilion dalam tempoh masa 20 tahun akan datang.

Ini disebabkan 1MDB adalah pembida terendah dalam semua urusan perjanjiannya bersama syarikat yang mempunyai kepentingan dalam industri ini.

Selain menjalankan perniagaan di sektor koprat, 1MDB juga turut membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan kerajaan pada masa dahulu.

Selain itu, 1MDB turut membiayai beribu biasiswa para pelajar yang layak untuk masuk ke IPT dalam dan luar negara. Seterusnya 1MDB juga menaja perjalanan haji untuk jemaah menunaiikan rukun Islam yang kelima.

Oleh itu rakyat tidak perlu risau atau panik kerana setelah program rasionalisasi 1MDB selesai, 1MDB dijangka membuat keuntungan lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya.

Dakwaan dan pembohongan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa rakyat perlu menanggung hutang akibat akibat penubuhan 1MDB ini adalah tidak benar sama sekali.

Comments