TANPA KEMALUAN, PANdatang MENDUDUKI BANGUNAN PAS SECARA HARAM



Jujurnya, boneka DAP, Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebuah parti yang unik sehingga menimbulkan tanda tanya. Objektif PAN, selain daripada untuk patuh sepenuhnya kepada arahan-arahan yang diberikan oleh Tokong dan DAP, adalah untuk mencari gaduh dengan PAS.

Sebagai contoh, walaupun Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor dimiliki oleh PAS, PAN menduduki tempat berkenaan secara haram. Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ketika menjelaskan pendudukan haram mereka,mendakwa bahawa mereka tidak mengosongkan bangunan tersebut kerana kes tersebut adalah rumit.

Katanya, "Kes ini menjadi semakin rumit kerana penama tanah berkenaan sudah menjual tanah terbabit. Namun, tanah berkenaan mempunyai banyak lot menyebabkan perkara ini semakin keliru. Disebabkan itu, kami mengambil keputusan menunggu keputusan mahkamah sama ada memihak kepada kami atau PAS,"

PANdatang menduduki Wisma Tok Guru kononnya kerana mendapat kebenaran daripada bekas pemilik yang telah meninggal dunia. Sebaliknya, balu pemilik tersebut telah menjualkannya kepada PAS dengan harga RM700,000.

Bayangkan anda membeli sebuah rumah, dan apabila memasuki rumah tersebut mendapati bahawa rumah itu dihuni oleh penceroboh asing yang tidak mahu mengosongkan rumah itu kerana ‘isu pembelian rumah adalah sesuatu yang rumit’. 

Bayangkan juga bahawa penceroboh asing tersebut langsung tidak mengeluarkan wang untuk membeli rumah tersebut. Sebaliknya penceroboh tersebut mendakwa bahawa memandangkan bekas pemilik membenarkan mereka masuk ke dalam rumah tersebut, dia layak terus menduduki rumah anda.

Begitulah kes dengan pendudukan haram PAN di Wisma Tok Guru.

Apakah yang peliknya adalah mengapa PAN tidak meminta wang daripada Tokong dan DAP ataupun sekurang-kurangnya daripada Mahathir? Walaupun Mat Sabu pernah mengutuk Lim Kit Siang dan Mahathir tetapi mereka kini adalah sekutu rapat PAN.

Sebaliknya, tanpa kemaluan, PANdatang menduduki bangunan PAS secara haram.

Comments