SYED SADDIQ MENGAKU SABOTAJ BEKAS PEMIMPIN PPBM DENGAN MENUDUH MEREKA TERIMA RASUAH DARIPADA NAJIB



Bekas-bekas pemimpin Parti Cap Bunga tidak tahan dengan perangai dan sikap buruk budak mentah hingusan meleleh siapa lagi kalau bukan Syed Saddiq yang terkenal dengan sikap kuat menabur fitnah dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas tanpa bukti.

Budak mentah hingusan meleleh menuduh dan melemparkan fitnah kepada bekas-bekas pemimpin PPBM terima rasuah sebanyak RM 7 juta daripada Najib. Sekarang ini bekas ahli Pengasas PPBM, Anina Saaduddin telah memfailkan saman fitnah terhadap 6 ahli parti berkenaan kerana mendakwa dirinya menerima RM 7 juta daripada UMNO. Tindakan diambil selepas mereka gagal mengemukakan sebarang permohonan maaf atau menarik semula kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook.

Bagaimana budak mentah hingusan meleleh ini boleh menuduh bekas-bekas pemimpin PPBM menerima rasuah sebanyak RM 7 juta? Bolehkah Syed Saddiq budak hingusan meleleh menunjukkan bukti bahawa bekas-bekas pemimpin PPBM menerima dedak rasuah daripada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional?

Syed Saddiq membuat tuduhan dan melemparkan fitnah hanyalah bertujuan untuk menutup keburukan dan kelemahan PPBM. Apa yang dilakukan oleh Syed Saddiq sebenarnya kesalahan yang amat memalukan. Fitnah dan tuduhan Syed Saddiq ini ibarat menuduh isteri curang tanpa ada bukti yang kukuh dan berasas.

Cuba kita bayangkan adakah ini pemimpin yang kita mahukan pada masa hadapan? Sudah pasti ini bukan pemimpin yang rakyat inginkan pada masa hadapan. Adalah lebih baik Syed Saddiq tamatkan penglibatan politiknya sebelum wujudnya lagi pemimpin seperti ini yang akan memecahbelahkan umat Islam pada masa hadapan.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah budak mentah hingusan meleleh ini sama sekali tidak memiliki karisma dan kewibawaan yang boleh dibanggakan malah segala tindak tanduk perjuangan dia hanyalah mengikut rentak Mahathir Mohammad dan apa yang diluahkan ditunjukkan bukan dirinya yang sebenar tetapi sebagai dedak-dedak Mahathir.

Comments