SYED SADDIQ, HENTIKAN DRAMA DAN SANDIWARA MURAHAN ANDA!!



Pemuda UMNO Kedah mencabar Syed Saddiq Abdul Rahman, supaya menghabiskan drama kononnya Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu cuba dibeli oleh individu tertentu. Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abdidin berkata tuduhan cuba dibeli dan ahli keluarga Syed Saddiq diancam amat serius, dan harus didedahkan kepada umum dengan segera. Syed Saddiq mendakwa kononnya dia disogok sebanyak RM 5 juta untuk meninggalkan PPBM kerana mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Oxford.

Syed Saddiq sepatutnya segera melaporkan pertuduhan berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya kebenaran dapat didedahkan. Syed Saddiq mendakwa kononnya wujud rangkaian dedak sistematik yang bertindak membeli dan merasuah beberapa pemimpin PPBM, sekaligus Syed Saddiq mengaitkan perkara berkenaan dengan Perdana Menteri.
Kenyataan Syed Saddiq itu sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Syed Saddiq seharusnya membuktikannya dengan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa atau berwajib bagi menyelesaikan isu itu.

Ini terbukti menunjukkan Syed Saddiq hanya bersandiwara dan berdrama yang kononnnya dia telah dirasuah oleh oleh Najib sebanyak RM 5 juta untuk tinggalkan PPBM a.k.a Parti Cap Bunga. Kalau bukan berdrama dan bersandiwara apa lagi yang Syed Saddiq boleh lakukan. Malah sebelum ini pun banyak pihak telah mengasak dan bertubi-tubi mendesak Syed Saddiq untuk dia membuat laporan kepada SPRM agar memudahkan kerja SPRM bagi menangkap si pesalah yang cuba merasuahnya. Tetapi sehingga ke hari ini mengapa Syed Saddiq tidak membuat satu laporan pun bagi menangkap suspek yang bernama Najib.

Ini lagilah menambahkan kemarahan sesetengah pihak kepada pemimpin pembangkang Malaysia yang hanya bercakap dan hanya tahu membuat tuduhan dan fitnah tanpa sebarang bukti yang kukuh dan berasas. Sampai bila pemimpin Pakatan Harapan seperti Syed Saddiq mahu terus menerus menipu kita semua? Sampai bila pemimpin Pakatan Harapan mahu menjual dan menjaja isu-isu yang buruk dan negatif berkaitan dengan Kerajaan Barisan Nasional?

Kesimpulannya ini adalah sandiwara dan drama politik Syed Saddiq yang cuma dijadikan KAMBING HITAM semata-mata bagi menutup ceritanya yang kononnya Mahathir telah membayar sejunlah wang yang dianggarkan sebanyak 1 bilion ringgir untuk membolehkan Mahathir menjadi pengerusi Pakatan Harapan yang didakwa oleh RPK. Kita jangan mudah sangat diperbodohkan dan diperdayakan oleh pembangkang. Kita sebagai pengundi hanya mahukan pemimpin yang telus dan jujur dan bukannya hanya pandai berdrama dan bersandiwara semata-mata sedangkan satu hasil pun tidak ada.

Comments