SUDAH KAYA RAYA DAN BERISTERI 'HIGH MAINTENANCE', APA HAL NAK MINTA KUTIPAN DUIT BAYAR WANG JAMINAN PRESIDEN PARTI WARISAN!



Parti Warisan SABAH mengumumkan untuk melancarkan kempen kutipan “wang jaminan” RM10 setiap orang untuk Datuk Seri MOHD SHAFIE APDAL yang ditahan SPRM.

Walaupun Shafiee sudah kaya raya dan beristeri 'high maintenance' tetapi parti ini tetap mahu melancarkan kutipan tabung solidariti untuk presiden mereka Shafie Apdal bagi membayar wang jaminan bila remannya yang akan berakhir Jumaat ini.

Pelik tapi benar, gaya hidup mewah Shafie sepatutnya membolehkannya membayar wang jaminan tersebut dan tidak perlu membabitkan orang ramai.

Naib Presiden Warisan Junz Wong menjangkakan wang jaminan Shafie mungkin mencecah RM300,000 selepas Ketua UMNO Silam Yusof Apdal semalam diperintah membayar RM100,000.

Menurut Junz Wong ada lebih tiga juta rakyat Sabah dan jika mereka menderma RM10 setiap seorang, (kita) hanya perlu 30,000 orang untuk derma.

Parti kaya raya tapi meminta simpati rakyat Sabah untuk menyelamatkan Presiden parti mereka yang bermasalah.

Tempoh reman Shafie dilanjutkan lagi empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan dana persekutuan yang disalurkan ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ketika beliau menjadi menterinya.

Seramai 13 orang ditahan setakat ini oleh SPRM, termasuk Shafie dan dua adiknya Yusof dan Hamid yang ditahan minggu lalu.

Kempen kutipan derma wang jaminan untuk Shafie Apdal ini sememangnya tidak masuk akal. Pendek kata tindakan ini hanya menyusahkan orang ramai bukannya membantu rakyat Sabah tetapi kini rakyat Sabah pula diheret untuk membantu seorang yang didakwa dengan kegiatan rasuah!

Parti Warisan Sabah parti menyusahkan rakyat!

Comments