Pada waktu ini, masyarakat India di negara ini sudah semakin dekat dengan kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Mereka bertambah mesra dan semakin dekat dengan Kerajaan Barisan Nasional apabila menerima bantuan dan peruntukan yang sama rata.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sama sekali tidak nampak punca untuk mana-mana pihak yang cuba berjauhan dengan kerajaan. Apa yang penting adalah masyarakat India bagaimanapun perlu mendukung usaha itu dan menterjemahkannya.
Pada masa sekarang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional sangat berpuas hati dengan kaum India yang kembali menyokong sepenuh hati Barisan Nasional. Perkara ini dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana terdapatnya peningkatan sokongan kaum India.
Sokongan kaum India telah pulih kembali pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Najib berkata kaum India di negara ini adalah rakan komuniti setia kepada Kerajaan Barisan Nasional di mana perlu dikekalkan supaya kerajaan terus mendapat sokongan padu daripada kaum ketiga terbesar di Malaysia.
Najib turut menggesa dan menggalakkan supaya semua parti komponen membangkitkan semangat 'nambikai' atau kepercayaan bagi memperkukuhkan ukhuwah, sekali gus menyiapkan jentera menempuh pelbagai akan datang.
Kita hanya menganggap kaum India komuniti rakan setia kepada Kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu perkongsian ini sangatlah penting untuk kita semua kekalkan, saling sokong menyokong dan yang paling penting Barisan Nasional berjaya. Konsep kebersamaan, memacu sebagai satu keluarga penting dipupuk.
Kesimpulannya masyarakat India teruskan memberikan sepenuh sokongan yang padu kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Hanya Kerajaan Barisan Nasional satu-satunya kerajaan yang akan menjaga hak dan kebajikan rakyat secara keseluruhan.
Comments
Post a Comment