Selalu kita dengar Azmin mahu menyediakan pendidikan percuma namun masalah UNISEL milik Kerajaan Negeri Selangor pun masih bercelaru. Ingat lagi kes UNISEL pada tahun 2012 pertikaian antara UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd.
Menteri Besar Incorporated di bawah seliaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa membayar sejumlah RM16 juta kepada kontraktor yang sudah ditamatkan kontraknya oleh UNISEL.
UNISEL menuduh Jana Niaga gagal mengikut kontrak dan kerja mereka tidak memuaskan dan Jana Niaga pula menuduh UNISEL gagal membayar perkhidmatan sehingga 17 bulan. Apapun semua ini adalah petanda salah tadbir pengurusan UNISEL dan bukti betapa UNISEL tidak mempunyai wang untuk menguruskan UNISEL.
Sebuah laman web mendedahkan dibawah kepimpinan Azmin Ali terdapat unsur salah guna kuasa dan rasuah bagi penyelesaian pertikaian UNISEL dan Jana Niaga yang meragukan. Kes Jana Niaga dan UNISEL pernah dibawa ke mahkamah. Bagaimanapun UNISEL berjaya memperolehi penangguhan daripada Mahkamah Tinggi pada 7 Disember 2013, yang kemudian diputuskan menyebelahi UNISEL oleh Mahkamah Rayuan pada 2 Julai 2013.
Malah, Jana Niaga gagal melaksanakan kontrak dengan tanggungjawab dan tidak mematuhi kontrak perjanjian perlaksanaan kerja-kerja di UNISEL. Dengan demikian Jana Niaga perlu membayar ganti rugi kerana perbelanjaan baikpulih terpaksa dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated dan UNISEL. Mereka sepatutnya tidak lagi boleh diberikan sebarang kepercayaan untuk kontrak dan kerja-kerja selanjutnya di UNISEL. Namun keadaan menjadi sebaliknya.
Menteri Besar Incorporated pada 24 Februari 2015 telah menghantar surat tawaran penyelesaian telah disetuju terima oleh Jana Niaga melalui surat bertarikh 17 Mac 2015. Menteri Besar Incorporated melalui Baucar bertarikh 9 Mac 2015 telah membuat bayaran RM 10 juta kepada Jana Niaga Sdn Bhd nombor cek 96964 bagi Penyelesaian Tunggakan terhadap mereka. Ia disusuli dengan surat Menteri Besar Incorporated bertarikh 19 Mac 2015 memaklumkan bayaran itu.
Rasa tidak puas hati, bimbang sebagai kambing hitam Azmin Ali dan CEO Menteri Besar Incorporated tidak duduk diam malah mengambil pandangan luar dari firma guaman Raj, Ong dan Yudistra. Menurut firma itu menerusi surat bertarikh 30 November 2016 kepada UNISEL, Jana Niaga tidak berusaha mendapatkan arbitrasi. Banyak bukti-bukti jelas kegagalan Jana Niaga dalam kontrak dan sepatutnya Jana Niaga yang berhutang dengan UNISEL.
Apa kepentingan Azmin Ali dalam Skandal UNISEL ini sehingga melibatkan Geng Kartel yang menguruskannya? Berapa komisen dibayar kepada Azmin dan Geng Kartel?
Comments
Post a Comment