SKANDAL 102 EKAR TANAH DI BAYAN MUTIARA KEPADA IVORY PROPERTIES BERHARGA RM1.07 BILION


ISU pembangunan Bayan Mutiara di Pulau Pinang timbul baru-baru ini apabila tanah tebus guna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu. Tanah itu kemudiannya dijual kepada syarikat swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai bernilai amat tinggi di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam memperkatakan isu ini, rakyat Pulau Pinang menyuarakan rasa kecewa dengan dasar Lim Guan Eng untuk tidak menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembangunan Bayan Mutiara. Sebaliknya, beliau berterusan mempolitikkannya dengan melibatkan pemimpin Kerajaan.

Pembangunan Bayan Mutiara bukan masalah Kerajaan tetapi masalah rakyat Pulau Pinang tidak kira dari apa golongan sama ada miskin atau kaya, kolar biru atau kolar putih.

Kawasan Parlimen yang diterajui Guan Eng membangkitkan mengenai pelan pembangunan asal Bayan Mutiara yang direka bentuk oleh PDC Properties dan PDC Consultancy yang rata-ratanya diketuai rakyat Pulau Pinang.

Pelan kebenaran merancang keseluruhan Bayan Mutiara telah diluluskan pada 2008/2009 yang mana kepakaran perunding yang digunakan adalah daripada PDC Properties dan PDC Consultancy. .

Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara juga mengandungi lima blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid. Di samping kepakaran dan pengalaman PDC Properties dan PDC Consultancy, kerja-kerja pembinaan juga boleh dilaksanakan oleh PDC Nusabina yang juga merupakan anak syarikat PDC yang amat berpengalaman dalam melaksanakan siri pembangunan PDC selama ini.

Semua hasil kerja dan kepakaran yang dicurahkan oleh PDC Properties dan PDC Consultancy telah musnah sebegitu sahaja apabila keseluruhan pembangunan diberikan kepada Tropicana Ivory yakni syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corporation Bhd.

Tidakkah Guan Eng nampak tidak akan ada penambaikan pengalaman dan kepakaran kepada kakitangan profesional PDC. Tahukah Guan Eng jika nilai pembangunan kasar Bayan Mutiara adalah RM10 bilion, maka pemaju akan membuat keuntungan sekurang-kurangnya 30peratus (%) yakni RM3 bilion. Hakikatnya kerajaan negeri rugi sebanyak RM2 bilion apabila hanya mendapat keuntungan RM1 bilion sahaja.

Keuntungan sekurang-kurangnya RM3 bilion boleh diperoleh PDC jika pembangunannya dilaksanakan sendiri oleh PDC memandangkan pelan pembangunannya telah lulus.

Dalam konteks ini, kami mahu jawapan konkrit di manakah tapak masjid dan tapak sekolah dalam pembangunan keseluruhan Queensbay yang diluluskan dahulu, adakah bukan dalam pembangunan Bayan Mutiara. Begitupun, kata beliau, Pemuda mengalu-alukan kenyataan Guan Eng mengenai pembinaan tapak masjid/rumah ibadat dan sekolah dalam pembangunan Bayan Mutiara.

Secara anggaran kasar, jika nilai pembangunan kasar adalah RM10 bilion, maka 30% daripadanya untuk rumah mampu milik adalah RM3 bilion. Jika sebuah rumah mampu milik berharga RM100,000, maka Guan Eng perlu memastikan sekurang-kurangnya 30,000 unit rumah mampu milik dibina di situ. Benarkah pemaju bersetuju dan mampu melaksanakannya?

Comments