SITI NURHALIZA HANYA BUNTING SETELAH MENERIMA AIR HIKMAT DARIPADA MAHATHIR, DAKWA PEMIMPIN PPBM PAHANG!!
Baru-baru ini pemimpin PPBM Pahang mendakwa kononnya Siti Nurhaliza akhirnya menimang cahaya mata sulung setelah menerima air Tasik Dayang Bunting daripada Mahathir. Menurut pemimpin berkenaan, Mahathir telah terbang ke Langkawai 5 bulan yang lalu bagi mengambil air dari tasik tersebut yang kononnya dipercayai mampu membuatkan seseorang wanita itu mengandung.
Menurut artikel yang diterbitkan di Portal SuaraPakatanHarapan, Siti Nurhaliza juga dikatakan bunting kerana berkat doa daripada Mahathir yang turut merupakan Pengerusi PPBM. Mahathir ada melakukan solat hajat khas untuk Siti Nurhaliza sama seperti apa yang Mahathir lakukan untuk Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Umum mengetahui bahawa Siti Nurhaliza adalah penyokong kuat Mahathir sehinggakan pernah dikatakan bakal bertanding mewakili PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.
Tetapi, isu yang ingin dipersoalkan di dalam perkara ini bukanlah berkaitan Siti Nurhaliza yang tidak berani menyatakan sokongan terhadap idola beliau seperti Abby Abadi dan Aisyah yang tidak takut menyatakan sokongan terhadap pemimpin mereka dan kecenderungan politik mereka.
Sebaliknya, isu yang ingin dipertengahkan adalah ketaksuban pemimpin PPBM Pahang tersebut yang cuba mempolitikkan isu yang sebenarnya agak biasa. Umum sudah tahu bahawa Siti Nurhaliza dan pasangan beliau telah lama berusaha berusaha untuk mendapatkan anak, termasuk melalui kaedah-in-vitro. Seperti yang telah dikatakan, manusia berusaha dan Allah yang menentukannya. Oleh itu, setelah 11 tahun berusaha, akhirnya rezeki Siti dan pasangannya tiba pula.
Tetapi, sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dikatakan pula terima kasih kepada doa Mahathir dan air hikmat Tasik Dayang Bunting. Jadi... adakah ini bermakna Siti Nurhaliza dan pasangannya selama ini tidak berdoa ataupun doa mereka tidak diterima? Adakah mereka berdua tidak berusaha selama ini dan perlu menunggu shaft-at (bukan syafaat yang hanya diperuntukkan untuk Rasullullah) daripada Mahathir baru boleh menimang cahaya mata?
Menurut artikel di portal tersebut, tiada apa yang mustahil sekiranya Mahathir mahukan sesuatu. Adakah itu bermakna tahap Mahathir akan diangkat ke tahap ulama atau yang lebih tinggi, Si Mahathir yang pernah memperlekehkan Nabi Muhammad berjanggut kerana tiada pisau cukur pada zaman dahulu?
Adakah kita akan melihat timbulnya satu ajaran sesat baru yang diketuai oleh ‘Ayahanda Mahathir’?
Sentimen untuk mengangkat pemimpin yang disokong adalah sesuatu yang biasa, tidak kira mana-mana parti. Tetapi tidak perlulah sampai peringkat menyamakan Mahathir mempunyai kuasa ajaib, sesuatu perbuatan yang boleh merosakkan akhlak. Kerana terlalu taksub jangan sampai akhlak dan iman terpesong dan bawa-bawalah bertaubah serta kembali ke pangkal jalan.
Satu persoalan : Pemimpin PPBM Pahang tersebut pernah mengatakan bahawa Tun Mahathir mengadakan solat hajat khas untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Persoalannya, adakah solat hajat itu dibuat setelah Mahathir menyingkirkan Anwar dan memenjarakannya kerana terlibat dalam kes liwat?
Comments
Post a Comment