Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu, termasuk pemimpin kanan Parti Warisan Sabah berkaitan siasatan penyelewengan dana hampir RM1.5 bilion sebuah kementerian yang melibatkan pembangunan luar bandar Sabah antara tahun 2009 dan 2015.
Antara yang ditahan ialah Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman yang dikaitkan dengan penyelewengan dana berkenaan. Difahamkan penahanan itu berkaitan dakwaan kesalahan yang dilakukan ketika dia menjadi pembantu kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang itu Shafie menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Azis merupakan bekas ketua Pemuda UMNO Semporna yang keluar parti pada 2015 selepas ketua bahagian itu yang juga bekas Naib Presiden UMNO Shafie Apdal meninggalkan parti dan kemudian menubuhkan Warisan.
Ini pemimpin kedua Warisan yang ditahan berhubung siasatan kes yang sama. Naib Presiden Warisan Peter Anthony turut ditahan atas kes tersebut. Kes ini sedikit sebanyak telah menimbulkan keresahan kepada Presiden Parti Warisan Sabah iaitu Shafie Apdal.
Oleh itu, bagi membuat persiapan awal, Shafie telah membuat persiapan untuk melantik Darrell Leiking sebagai Pemangku Presiden Parti jika dia ditahan SPRM. Manakala Jaujan Sambakong pula akan memegang jawatan Timbalan Presiden semasa ketiadaannya.
Belum pun ditahan atau disoal SPRM, Shafie difahamkan sudah mahu mengambil langkah berjaga-jaga kerana risau ditahan nanti. Sekiranya dia tidak bersalah, mengapa dia perlu lakukan perkara ini. Jika benar tindakannya melantik Darrell Leiking sebagai pemangku parti, ternyata ada udang di sebalik batu yang cuba disembunyikan Shafie.
Tindakan ini secara tidak langsung akan menunjukkan dia seolah-olah mengiyakan dakwaan bahawa dia juga terlibat dalam kes penyelewangan dana pembangunan luar bandar. Kini Shafie tidak dapat tidur lena kerana partinya bakal diserahkan kepada orang lain. Mampukah Warisan bertahan jika pucuk pimpinannya berubah?
Comments
Post a Comment