SELANGOR DAN PULAU PINANG PALING BANYAK JUDI HARAM



Timbalan Perdana Menteri memaklumkan dalam sidang medianya bahawa Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri tertinggi yang menjalankan aktiviti jenayah judi haram.

Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 5,913 operasi dilakukan oleh PDRM di seluruh negara. Pihak polis mendapati dan kedua-dua negeri terbabit iaitu Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri yang paling banyak terlibat dalam operasi pembenterasan berkenaan.

Jika di Selangor kita dapat lihat pusat perjudian tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak taukeh-taukeh Cina yang mengambil kesempatan atas kelemahan pentadbiran Azmin Ali untuk menguasai judi haram ditempat-tempat strategi di seluruh Selangor.

Walaupun beberapa kali digempur dan diserbu, namun aktiviti haram ini masih lagi beroperasi semula selepas beberapa hari di sita dan ditutup. Mereka akan bertukar premis ditempat yang lebih selamat dan adakalanya mereka membuka premis judi ini di kawasan penempatan majoritinya orang Melayu dan Islam.

Kadangkala PDRM menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti namun begitu jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mengambil serius dan melonggarkan syarat yang sedia ada, maka pihak PDRM tidak boleh berbuat apa-apa.

Malah pemerintahan yang dilaksanakan oleh Azmin Ali ketika ini juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh DAP dan Kerajaan Pulau Pinang. Lihat sahaja barisan exco nya yang lebih ramai kaum lain daripada Melayu walaupun mereka ada yang berlainan parti.

Exco yang meramaikan Melayu pun hanyalah PAS yang hanya diberi portfolio menjaga masjid dan hal ehwal agama Islam. Manakala urusan infrastruktur dan sosial diuruskan oleh Exco DAP dan Azmin Ali yang cetek ilmu pengetahuan dan agamanya.

Manakala jika dilihat di Pulau Pinang pula, rakyat tidak hairan dengan aktiviti judi haram seperti ini. Kerana di Pulau Pinang Ketua Menteri nya sendiri dikawal dan atur perjalanan pentadbiran serta urusan hal ehwal negeri oleh taikun, taiko dan kongsi gelap yang berpengaruh.

Perniagaan yang dijalankan samada berdaftar dan tidak berdaftar sama banyak beroperasi di Pulau Pinang. Memang hasrat Lim Guan Eng untuk menjadikan Pulau Pinang seperti Hong Kong dan Singapura yang popular dengan aktiviti perjudian dan maksiat.

Oleh itu kita sebagai pengundi perlu bijak memilih kerajaan dan pemimpin bagi memastikan kerajaan yang ditadbir dimasa akan datang bercirikan akhlak dan ciri-ciri sebuah kerajaan Islam yang dinamik. Perkara yang berunsur jenayah dan melanggar peraturan perlu dibenteras habis habisan.

Comments