RONNIE LIU TIDAK SUKA CARA AZMIN ALI TADBIR SELANGOR



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kini bukan sahaja berdepan pelbagai musuh dalam karier politiknya tetapi lebih serius lagi, musuh itu datangnya dari parti Pakatan Harapan itu sendiri iaitu DAP.

Difahamkan bekas Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu tidak berpuas hati dengan gaya dan cara urus tadbir Azmin Ali membangunkan negeri Selangor.

Perselisihan pandangan ini dipercayai bersangkut paut dengan projek yang melibatkan kroni-kroni DAP yang tidak diberi layanan yang sepatutnya dari Menteri Besar Selangor itu. Disebabkan tindakan itu, Ronnie Liu tidak berpuas hati dengan cara Azmin Ali yang menyekat peluang ekonomi kroni-kroni DAP khususnya yang mempunyai kaitan dengan Ronnie Liu. Al maklum, di masa Ronnie Liu berkuasa sebagai Exco, semua projek kerajaan tempatan diuruskan olehnya.

Oleh itu, sekarang wujud ura-ura yang mengatakan bahawa ada komplot untuk menjatuhkan dan mengulingkan Menteri Besar Selangor itu kerana sikapnya yang tidak memberi muka pada DAP. Salah seorang dalang yang akan mengenakan Azmin Ali adalah Ronnie Liu. Jelas di sini, Ronnie Liu ingin mensabotaj pentadbiran Azmin Ali untuk memastikan agar Menteri Besar Selangor PKR itu tidak dapat meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar pada pilihanraya akan datang.

Kita semua sedar dan jelas akan sikap DAP yang tamak dan mahu menguasai segalanya. Bukan sahaja mereka bermaharajalela di Pulau Pinang malah mereka juga mahu campur tangan di Selangor. Semestinya bila sampai masanya nanti, DAP akan mengambil tindakan tikam belakang bagi mengkhianati Azmin Ali seperti mana yang pernah berlaku terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mantan Menteri Selangor yang telah dilucutkan jawatannya kerana ingkar dengan mereka.

Perlu diingatkan juga, orang kuat DAP Selangor ini (Ronnie Liu) terkenal dengan skandal salahguna kuasanya ketika menjawat jawatan sebagai Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor. Isu-isu seperti percambahan pusat-pusat urut dan hiburan, kes curi pasir, skandal pembantu khas menyalah guna surat kepala dengan menggunakan tandatangan palsu Ronnie Liu untuk mendapatkan projek PBT di Klang dan lain-lain isu sensitif melibatkan salah laku pemimpin ini.

DAP sebenarnya tidak sebersih yang diuar-uarkan DAP. Mereka juga tamakkan kuasa, projek dan jawatan. Kali ini PKR berdepan dengan musuhnya sendiri dalam Pakatan Harapan yang semestinya akan memberi impak dan ancaman kepada parti PKR kerana DAP sudah lama menyimpan hasrat untuk menyingkirkan Azmin Ali dari dulu lagi disebabkan sikapnya yang pentingkan diri sendiri dan tidak menjaga kepentingan DAP!

Comments